Hari ni buat check up kat klinik. Hb macam biasa 11, tapi semalam call mama, mama suruh makan kerang banyak-banyak sebab takut Hb turun bawah paras 10 masa nak dekat-dekat deliver. Macam-macam mama pesan semalam.
Hari ni timbang berat, naik 5.7 kg. Terkejut. Mula-mula timbang, nurse kata 57 kg. Lagi terkejut eden. Rupanya 55.7 kg. Bulan lepas cuma 50 kg. Aish. Tak tahu la makan apa sampai berat badan naik mendadak. Tapi macam suka jugak sebab sebelum pregnant tak pernah dapat berat macam tu.
Selalu orang kata kurus..kurus. Haa sekarang amik..silalah kata saya gemuk pulak. Bangga *
Tapi tak elok sebenarnya naik berat mendadak macam tu. Sepatutnya kena naik 2 kg je sebulan. Ni dah terlebih 3.7 kg. Saya nak salahkan Amir sebab sumbat saya makan macam-macam. Haha..Cakap je nak makan apa. Semua dapat. Depan mata. Untung dapat suami macam ni. Tapi udang galah yang diidam-idamkan tak dapat lagi. Tak pa. Tahan..tahan..
Amir selalu cakap saya tak cukup makan. Kesian kat baby. Tapi pelik juga saya tak la nampak gemuk sangat. Perut pun biasa jer. Tak besar sangat. Ukuran 21 cm untuk 23 minggu. Standard la. Anyway esok kena attend ceramah dari pakar nutrisi pasal pemakanan sihat. Bagus juga.
Lagi, complaint pasal kaki cramp. Kaki cramp hari Sabtu lepas. Sangat sakit. Tak pernah lagi seumur hidup kena cramp macam itu. Dulu selalu cramp dekat tapak kaki bila bangun pagi. Hari tu cramp dekat betis. Search kat internet, ada yang advice rendam kaki dalam air suam campur dengan garam. Saya dah cuba itu, tapi tak berkesan sangat. Tapi rasa lega juga. Hari Isnin sampai tak boleh pergi office sebab sakit bila berjalan. Jalan pun kena jengket-jengket je. Sapu minyak urut pun tak jalan. Mama kata kurang Calcium. Mama suruh letak bantal bawah kaki biar lagi tinggi dari kepala. Dan pakai stokin.
Selalu ada 2 bantal kat kepala, 1 peluk, 1 kat belakang badan. Sekarang tambah 2 kat kaki. Tengah-tengah malam 2 bantal kat kaki tu tendang jauh-jauh. Yang lain semua campak jatuh katil. Haha. Tinggal yang kat kepala jer. Rimas dan panas. Last-last peluk orang sebelah jer.
Lagi, jumpa doctor scan baby. Sukanya dapat tengok baby. Kedudukan dia dah menegak. Kepala kat atas. Doctor try nak tengok gender apa. Tapi tak nampak sebab terhalang dengan paha dia. Paha dia panjang okeh. Mesti tinggi macam mama nanti. Hehe. Sorry lar papa. Baby ikut mama :p
Lastly before balik, kena injection Tetanus. Untuk elak kancing gigi pada baby. Tak boleh inject kat baby. Sebab lahir nanti baby kena 2 injection. So ibu la yang kena inject. Tak kisah. Dah lali kena suntik ambil darah. Dah biasa. Cuma tak mahu tengok jer. Inject tak sakit tapi terus tangan kiri rasa lenguh. Dan inilah kali pertama datang klinik terus boleh jumpa nurse, terus jumpa doctor. Dalam masa sejam dah siap. Tak perlu tunggu lama-lama macam sebelum ni. Tips nya, silalah datang jam 10.30 pagi. Bukan 8 pagi. Jangan jam 12 tengah hari. Masa ni nurse dan doctor kelam kabut nak pergi lunch dah. Jam 10.30 pagi senang. Dan rasa selesa. Tak ramai orang. Nurse pun happy dan tak annoying masa ni.
No comments:
Post a Comment