Part 2
Perjalanan dari Terengganu ke Penang hampir 11 jam. Bertolak jam 3 petang, sampai di Penang jam 1.30 pagi. Letih tak terkira. Sakit belakang. Plan untuk tidur rumah Tok Bedah terpaksa di tukar. Terus balik rumah di Penang. Nasib baik juga rumah kat Penang. Dapat lar tidur lena malam tu.
Pertama kali terjumpa gajah di atas Gerik. Terkejut sangat. Mula-mula nampak dua biji mata di tepi jalan, ingatkan batu besar warna kelabu. Bila makin dekat tiba-tiba nampak telinga gajah tu berkibas-kibas. Nampak dia angkat belalai. Takutnya. Tapi tak berani nak sebut apa-apa. Cuma pegang tangan Amir. Rasanya dia pun perasan ada gajah kat tepi jalan. Dekat sangat. Sampai dekat Kulim baru berani tanya gajah betul ke yang saya nampak tu.
Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Rupanya memang Amir selalu nampak gajah di kawasan atas Gerik tu. Cuma saya yang pertama kali sebab selalunya masuk kereta terus tertidur tak ingat dunia. Kali ni tak tidur pulak.
Raya ketiga, separuh hari kami habiskan kat atas jalan macam tu jer. Raya keempat, baru lah dapat berjumpa Mak, Abah dan adik-adik. Kat rumah Tok Bedah cuma ada Tok, Maklong, Paklong dan Kak Nurul. Yang lain semua dah beraya di rumah masing-masing.
Lepas solat Jumaat baru bertolak ke Lenggong. Adik beradik abah semua ada kecuali family Cik dengan Cu. Malam tu tidur kat rumah peninggalan arwah Tok dan Wan Lenggong yang sekarang dah jadi rumah Cu. Esoknya beraya di rumah Tok-tok sedara Abah.
Nak balik Rawang, Abah dan Mak tak bagi. Sedih. Sekejap jer beraya dengan dorang. Tapi nak buat macam mana kan. Kesihatan diri lagi penting. Mak Abah tak nak saya penat. Highway sesak. Mesti letih lagi duduk dalam kereta. Penat balik dari Terengganu hari tu pun tak habis lagi.
Tak pe lar, raya tahun ni memang meriah, seronok. Hehe tapi lagi seronok kalau dapat ambil gambar banyak buat kenangan. Lupa sungguh nak bergambar. Sibuk sangat. Tahun depan pasti lagi meriah dengan kehadiran anak kami. Tahun depan beraya di belah saya pula. Yahuuuuu...
Depan rumah Pak Teh..Amir terselindung pula di belakang Athirah
No comments:
Post a Comment