Wednesday, 7 September 2011

Week 22


Semalam buat pertama kalinya Amir dapat rasa movement baby dalam perut. Selama ni dia pegang, mesti frust sebab baby tak nak gerak-gerak. Gembiranya dia tak terkata sambil senyum. Selalu dia yang tanya " Syg rasa macam mana ek kalau baby gerak".  Sekarang rasa sendiri.

Sekarang rasa macam baby tengah Martial Art dalam perut, kalau sekali dia bergerak, kuatnya rasa. Then perut rasa tegang sangat. Setiap hari bangun tidur, perasan ada part-part perut yang membesar.

Tapi orang tak perasan saya pregnant sebab perut kecil jer. Saya pun tak buat lagi scan jantina boy ke girl. Mak-mak sedara kat kampung sibuk meneka boy ke girl. Ada yang kata boy sebab perut bulat. Mak The kata girl. Ada yang tanya saya rasa boy ke girl. Bila saya jawab boy kot, mak cik tu pun kata "Haa boy la tu". Haha boleh pulak macam tu ek. Saya tak kisah. Boy ke girl. Tetap anugerah dari Allah.

Amir tak nak tahu gender apa sebab nak bagi surprise. Tapi tadi masa pergi lunch, nak tahu pulak. Saya redha je lar. Ikut jer lar kata suami.

Surf-surf internet tadi, terjumpa Muslimah Maternity Hospital. Dekat je dengan rumah kami. Saya dah berbincang dengan Amir, dia pun setuju kalau deliver kat situ. Call hospital tu, mereka cakap bayarannya cuma Rm1800, caj bersalin termasuk dengan nursery. Kiranya harga dalam kemampuan kami lagi.

Tapi kalau ada kecemasan tetap kena deliver kat Hospital Besar. Doa-doa saya semoga saya bersalin normal tanpa ada masalah. Amin.

Saya kena mula buat financial planning,  barang bayi, barang untuk berpantang, caj hospital, kelas Antenatal dan macam-macam lagi. Saya ingat nak mula membeli barang baby sedikit demi sedikit. Bukan apa, takut tak larat nak jalan lama-lama nanti. Sekarang nak jalan lama sikit dari tempat parking nak masuk building office pun terasa mengah. Apatah lagi kalau nak shopping.

Niat di hati nak buat open house. Hehe hari isnin lepas beria-ria fikir nak masak apa. Nak beli pinggan mangkuk. Nak hias rumah. Tapi bila fikir-fikir balik, baik duit tu simpan untuk beli barang bayi. Cancel buat open house. Sapa nak beraya kat rumah, silakan.

Eh biskut raya dah habislah, dah bagi-bagi kat sedara mara. :P

No comments: