Monday, 19 September 2011

Jamuan Aidilfitri 2011

Dalam saya kata saya tak nak adakan open house sempena Aidilfitri, akhirnya selesai juga jamuan itu semalam. Penat. Pagi ni rasa tak larat nak bangun. Tapi demi memenuhi permintaan suami tercinta yang nak adakan open house, saya gagahkan juga diri untuk masak Nasi Briyani dan Bihun Sup.

Alhamdulillah, puas hati dapat menjamu kawan-kawan makan. Hanya jamuan makan yang simple tanpa biskut raya, cake, cupcake bagai. Tapi seronok dapat berborak-borak dengan rakan-rakan yang sudi hadir.

3 kali masak, pagi masak Nasi Briyani, beras 1kg. Habis. Petang masak lagi Nasi Briyani 1/2kg. Bihun sup untuk backup kalau-kalau nasi tak cukup. Masak pun main hentam ikut kepala sendiri. 3 ekor ayam untuk semalam.  Cukuplah untuk 17 orang yang datang. Itupun bajet 20 orang.

Mujur sedap. Dan tak ada yang merungut sakit perut lepas makan. Hehe.. Menjelang malam, habis kesemuanya. Alhamdulillah, tak ada pembaziran.

TETAPI…

Ada tetapi..

Yang sayangnya..

TAK ADA GAMBAR PONNN.

 Satu gambar pun tak ambil. Sibuk layan orang. Sibuk masak. Sibuk sembang. Memang sibuk.

Ini yang buat saya nak beli DSLR satu ni. Haha. Geram. Saya nak ambil gambar banyak-banyak. Nak buat kenangan.

Nak tulis caption: Open House pertamaku.

Anak pertama ku.

Anak pertamu ku belajar berjalan.

Anak pertama ku baca buku

Anak pertama ku punya baju.

Haha, macam itu. Kemudian print letak dalam album. Walaupun semua orang suka letak dalam facebook sekarang ni. Tapi entahlah, seronok tahu membelek-belek album, tengok gambar. Rasa lagi puas dari tengok dalam komputer.

Lagi, nak beli pinggan mangkuk. Sebab pinggan mangkuk semuanya bercampur-campur. Warna macam-macam.Hadiah kahwin. Tak cukup pulak tu.

Lagi, nak beli cake stand. Nak buat cake selalu. Macam seronok buat cake. Tengok Pavlova ni rasa mengancam. Ada sapa-sapa nak datang rumah tak? Saya nak buat Pavlova. Sebab tu nak beli cake stand.




Impian seorang isteri. Jangan risau. Guna duit sendiri :) Hehe.


No comments: