Thursday, 22 September 2011

Looking for an antenatal class?

Every consecutive Friday
From:  7th October - 5th November
Venue: 3rd Floor, Lecture Hall, Pantai Hospital Penang

Registration Fee: RM100.00 per couple (kalau deliver kat Pantai Hospital Penang, registration fee ni akan dipulangkan semula)

 Learn important information regarding:
  • Pregnancy
  • Labour pain (including Epidural)
  • Diet
  • Breast-feeding & baby bath
  • Physiotherapy exercise
  • Care for new born

Week 1: Friday 7th October 2011 at 7.30pm

Topic 1: Stages Development of the Fetus and Childbirth  by Dr Low Keng Joo
Topic 2: Good Nutrition, Health Baby by Ms. Ng Lee Yen
Topic 3: Tour to Delivery Suite

Week 2: Friday 14th October 2011 at 7.30pm

Topic 1: Common Medical Disorder in Pregnancy by Dr Teh Mi Lii
Topic 2: Presentation by Stemtech (about Stem Cell)
Topic 3: Demonstration of Baby Bath

Week 3: Friday 21st October 2011 at 7.30pm

Topic 1: Relief of Labor Pains by Dr Lim Chin Lee
Topic 2: Day of Delivery by Dr Tan Kok Joo

Week  4: Friday 28th October 2011 at 7.30pm

Topic 1: The Father's Role in Baby Bonding and the Post-Natal Care by Dr Yeap Geok Bean
Topic 2: Caring of the Newborns by Dr Hasanah Ishak

Week  5: Friday 4th November 2011 at 2.00pm

Topic 1: Steps of Successful Breast Feeding by Dr Balkees Abdul Majeed

Week  6: Saturday 5th November 2011 at 2.00pm

Topic 1:Physiotheraphy (Theory and Execise)



Wednesday, 21 September 2011

Birth Announcements Tool






To my dear husband,

Please yer, I pun nak ada baby in frame macam ni tau bila kita nak announce kelahiran baby kita nanti. Nanti I'll be very busy berpantang kat rumah tok atau rumah sendiri. Kalau kat rumah sendiri ada internet maybe I can do it my self, tapi kat rumah tok for sure, tak de la.

Mesti you want to announce your baby birth kat fb kan, jadi abg boleh pergi kat this site


Then click 'Get Started'.

In only four quick steps, you can create your own beautiful announcement to send to our family and friends.

First choose a design. I want a cute frame that suits with our baby girl. I think the pink one is so adorable. Then upload our baby's photo. Next add the birth details and message. Lastly, put the receipient's email.

That's all. Simple.

You can even send email to your colleague, your manager, my peers and my manager too.

p/s: tapi kalau ada frame lain yang cute, comel lagi, please go ahead.



 
Thank you.
Your lovely wife :)

It's a Girl



I'm  24 weeks and ...


It's a ...


Baby girl!!!..

Alhamdulillah.

Anak perempuan rupanya anak mama ni. Tak kisah la lelaki ke perempuan , bersyukur sangat bila doktor kata baby dalam keadaan sihat walafiat. Progress semua baik.  Degupan jantung okay. Tangan, kaki, mulut semua alhamdulillah.

Risau tahu bila dah 2 hari baby kurang bergerak. Doktor cakap mungkin sebab stress ataupun letih. Bila scan, nampak baby aktif gerak-gerak. :)

Ingat nak scan di Klinik Dr Tan. Recommended by kawan-kawan yang pregnant. Tapi alang-alang dah check dekat Hospital Pantai, terus tanya baby girl or baby boy.

Lepas ni boleh la shopping barang-barang baby girl.

Padanla mata saya selalu tertangkap tengok barang-barang girl kalau shopping. Comel sangat barang baby girl.

Time to choose her name... :)

Monday, 19 September 2011

Jamuan Aidilfitri 2011

Dalam saya kata saya tak nak adakan open house sempena Aidilfitri, akhirnya selesai juga jamuan itu semalam. Penat. Pagi ni rasa tak larat nak bangun. Tapi demi memenuhi permintaan suami tercinta yang nak adakan open house, saya gagahkan juga diri untuk masak Nasi Briyani dan Bihun Sup.

Alhamdulillah, puas hati dapat menjamu kawan-kawan makan. Hanya jamuan makan yang simple tanpa biskut raya, cake, cupcake bagai. Tapi seronok dapat berborak-borak dengan rakan-rakan yang sudi hadir.

3 kali masak, pagi masak Nasi Briyani, beras 1kg. Habis. Petang masak lagi Nasi Briyani 1/2kg. Bihun sup untuk backup kalau-kalau nasi tak cukup. Masak pun main hentam ikut kepala sendiri. 3 ekor ayam untuk semalam.  Cukuplah untuk 17 orang yang datang. Itupun bajet 20 orang.

Mujur sedap. Dan tak ada yang merungut sakit perut lepas makan. Hehe.. Menjelang malam, habis kesemuanya. Alhamdulillah, tak ada pembaziran.

TETAPI…

Ada tetapi..

Yang sayangnya..

TAK ADA GAMBAR PONNN.

 Satu gambar pun tak ambil. Sibuk layan orang. Sibuk masak. Sibuk sembang. Memang sibuk.

Ini yang buat saya nak beli DSLR satu ni. Haha. Geram. Saya nak ambil gambar banyak-banyak. Nak buat kenangan.

Nak tulis caption: Open House pertamaku.

Anak pertama ku.

Anak pertamu ku belajar berjalan.

Anak pertama ku baca buku

Anak pertama ku punya baju.

Haha, macam itu. Kemudian print letak dalam album. Walaupun semua orang suka letak dalam facebook sekarang ni. Tapi entahlah, seronok tahu membelek-belek album, tengok gambar. Rasa lagi puas dari tengok dalam komputer.

Lagi, nak beli pinggan mangkuk. Sebab pinggan mangkuk semuanya bercampur-campur. Warna macam-macam.Hadiah kahwin. Tak cukup pulak tu.

Lagi, nak beli cake stand. Nak buat cake selalu. Macam seronok buat cake. Tengok Pavlova ni rasa mengancam. Ada sapa-sapa nak datang rumah tak? Saya nak buat Pavlova. Sebab tu nak beli cake stand.




Impian seorang isteri. Jangan risau. Guna duit sendiri :) Hehe.


Tuesday, 13 September 2011

Pregnancy Weight Tracker



Mengikut Weight Tracker ni, sebelum pregnant saya kategori underweight. Jadi kena naikkan berat badan sepanjang pregnant 9 bulan ni sebanyak antara 12.7 kg hingga 18.2 kg.

Sekarang dah naik 5.7 kg.

Kata la target naik 15.4 kg. Ambil tengah-tengah.

Jadi balance 9.7 kg. Maknanya 9.7 kg dalam masa 4 bulan.

Seminggu kena naik 0.5 kg. Okay la tu. Macam kena je. Bukan advice seminggu naik 0.5 kg. Cantikkk.

Mengikut BabyCenter.com, kalau ibu tak cukup berat badan berisiko untuk lahirkan baby pra-matang ataupun berat baby bawah 2.5 kg.

Nauzubillahiminzalik. Jauhkanlah dari perkara-perkara macam tu.

Esok kita dengar, apa pakar cakap yer.

Week 23

Hari ni buat check up kat klinik. Hb macam biasa 11, tapi semalam call mama, mama suruh makan kerang banyak-banyak sebab takut Hb turun bawah paras 10 masa nak dekat-dekat deliver. Macam-macam mama pesan semalam.

Hari ni timbang berat, naik 5.7 kg. Terkejut. Mula-mula timbang, nurse kata 57 kg. Lagi terkejut eden. Rupanya 55.7 kg. Bulan lepas cuma 50 kg. Aish. Tak tahu la makan apa sampai berat badan naik mendadak. Tapi macam suka jugak sebab sebelum pregnant tak pernah dapat berat macam tu.

Selalu orang kata kurus..kurus. Haa sekarang amik..silalah kata saya gemuk pulak. Bangga *

Tapi tak elok sebenarnya naik berat mendadak macam tu. Sepatutnya kena naik 2 kg je sebulan. Ni dah terlebih 3.7 kg. Saya nak salahkan Amir sebab sumbat saya makan macam-macam. Haha..Cakap je nak makan apa. Semua dapat. Depan mata. Untung dapat suami macam ni. Tapi udang galah yang diidam-idamkan tak dapat lagi. Tak pa. Tahan..tahan..

Amir selalu cakap saya tak cukup makan. Kesian kat baby. Tapi pelik juga saya tak la nampak gemuk sangat. Perut pun biasa jer. Tak besar sangat. Ukuran 21 cm untuk 23 minggu. Standard la. Anyway esok kena attend ceramah dari pakar nutrisi pasal pemakanan sihat. Bagus juga.

Lagi, complaint pasal kaki cramp. Kaki cramp hari Sabtu lepas. Sangat sakit. Tak pernah lagi seumur hidup kena cramp macam itu. Dulu selalu cramp dekat tapak kaki bila bangun pagi. Hari tu cramp dekat betis. Search kat internet, ada yang advice rendam kaki dalam air suam campur dengan garam. Saya dah cuba itu, tapi tak berkesan sangat. Tapi rasa lega juga. Hari Isnin sampai tak boleh pergi office sebab sakit bila berjalan. Jalan pun kena jengket-jengket je. Sapu minyak urut pun tak jalan. Mama kata kurang Calcium. Mama suruh letak bantal bawah kaki biar lagi tinggi dari kepala. Dan pakai stokin. 

Selalu ada 2 bantal kat kepala, 1 peluk, 1 kat belakang badan. Sekarang tambah 2 kat kaki. Tengah-tengah malam 2 bantal kat kaki tu tendang jauh-jauh. Yang lain semua campak jatuh katil. Haha. Tinggal yang kat kepala jer. Rimas dan panas. Last-last peluk orang sebelah jer.

Lagi, jumpa doctor scan baby. Sukanya dapat tengok baby. Kedudukan dia dah menegak. Kepala kat atas. Doctor try nak tengok gender apa. Tapi tak nampak sebab terhalang dengan paha dia. Paha dia panjang okeh. Mesti tinggi macam mama nanti. Hehe. Sorry lar papa. Baby ikut mama :p

Lastly before balik, kena injection Tetanus. Untuk elak kancing gigi pada baby. Tak boleh inject kat baby. Sebab lahir nanti baby kena 2 injection. So ibu la yang kena inject. Tak kisah. Dah lali kena suntik ambil darah. Dah biasa. Cuma tak mahu tengok jer. Inject tak sakit tapi terus tangan kiri rasa lenguh. Dan inilah kali pertama datang klinik terus boleh jumpa nurse, terus jumpa doctor. Dalam masa sejam dah siap. Tak perlu tunggu lama-lama macam sebelum ni. Tips nya, silalah datang jam 10.30 pagi. Bukan 8 pagi. Jangan jam 12 tengah hari. Masa ni nurse dan doctor kelam kabut nak pergi lunch dah. Jam 10.30 pagi senang. Dan rasa selesa. Tak ramai orang. Nurse pun happy dan tak annoying masa ni.

Thursday, 8 September 2011

Berjaya juga ujian minum air gula

Berjaya juga akhirnya buat MGGT, ujian diebetes (yang kena minum air gula ). Ini kali yang ke tiga. Dari jam 8.45pagi bertahan sampai jam 10.45pagi. Itu pun ada rasa nak muntah kat tekak. Berlegar-legar kejap kat tepi klinik untuk hilangkan rasa mual. Sambil tu berdoa-doa supaya tak muntah.

Akhirnya, jam 10.45, berjaya juga ambil darah tanpa muntah :P

Tapi lepas ambil darah kali kedua, rasa kepala macam hanyut. Mujur ada Intan yang datang nak buat monthly check up. Bersembang-sembang dengan dia sementara tunggu Amir datang menjemput. Lepas naik kereta tak sampai seminit tekak dah rasa manis-manis. Suruh Amir berhenti kat situ juga. Keluar dari kereta. Kat longkang tu juga terkeluar semua air gula. Keluar kat hidung jugak. Perit rasa hidung dengan tekak.

Alhamdulillah selesai juga buat ujian ni. Tapi nurse cakap kalau ada abnormal,  kena buat semula. Nurse akan call dalam seminggu ni. Harap-harap tak ada apa-apa abnormal. Kalau tak jenuh lar nak kena buat lagi. Tak suka tau.

Dan harap-harap juga saya tak ada kencing manis. Aminn

Minggu depan hari Selasa, monthly check up. Tak sabar nak scan tengok baby :)

Wednesday, 7 September 2011

Week 22


Semalam buat pertama kalinya Amir dapat rasa movement baby dalam perut. Selama ni dia pegang, mesti frust sebab baby tak nak gerak-gerak. Gembiranya dia tak terkata sambil senyum. Selalu dia yang tanya " Syg rasa macam mana ek kalau baby gerak".  Sekarang rasa sendiri.

Sekarang rasa macam baby tengah Martial Art dalam perut, kalau sekali dia bergerak, kuatnya rasa. Then perut rasa tegang sangat. Setiap hari bangun tidur, perasan ada part-part perut yang membesar.

Tapi orang tak perasan saya pregnant sebab perut kecil jer. Saya pun tak buat lagi scan jantina boy ke girl. Mak-mak sedara kat kampung sibuk meneka boy ke girl. Ada yang kata boy sebab perut bulat. Mak The kata girl. Ada yang tanya saya rasa boy ke girl. Bila saya jawab boy kot, mak cik tu pun kata "Haa boy la tu". Haha boleh pulak macam tu ek. Saya tak kisah. Boy ke girl. Tetap anugerah dari Allah.

Amir tak nak tahu gender apa sebab nak bagi surprise. Tapi tadi masa pergi lunch, nak tahu pulak. Saya redha je lar. Ikut jer lar kata suami.

Surf-surf internet tadi, terjumpa Muslimah Maternity Hospital. Dekat je dengan rumah kami. Saya dah berbincang dengan Amir, dia pun setuju kalau deliver kat situ. Call hospital tu, mereka cakap bayarannya cuma Rm1800, caj bersalin termasuk dengan nursery. Kiranya harga dalam kemampuan kami lagi.

Tapi kalau ada kecemasan tetap kena deliver kat Hospital Besar. Doa-doa saya semoga saya bersalin normal tanpa ada masalah. Amin.

Saya kena mula buat financial planning,  barang bayi, barang untuk berpantang, caj hospital, kelas Antenatal dan macam-macam lagi. Saya ingat nak mula membeli barang baby sedikit demi sedikit. Bukan apa, takut tak larat nak jalan lama-lama nanti. Sekarang nak jalan lama sikit dari tempat parking nak masuk building office pun terasa mengah. Apatah lagi kalau nak shopping.

Niat di hati nak buat open house. Hehe hari isnin lepas beria-ria fikir nak masak apa. Nak beli pinggan mangkuk. Nak hias rumah. Tapi bila fikir-fikir balik, baik duit tu simpan untuk beli barang bayi. Cancel buat open house. Sapa nak beraya kat rumah, silakan.

Eh biskut raya dah habislah, dah bagi-bagi kat sedara mara. :P

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011 - Beraya di Perak

Part 2

Perjalanan dari Terengganu ke Penang hampir 11 jam. Bertolak jam 3 petang, sampai di Penang jam 1.30 pagi. Letih tak terkira. Sakit belakang. Plan untuk tidur rumah Tok Bedah terpaksa di tukar. Terus balik rumah di Penang. Nasib baik juga rumah kat Penang. Dapat lar tidur lena malam tu.

Pertama kali terjumpa gajah di atas Gerik. Terkejut sangat. Mula-mula nampak dua biji mata di tepi jalan, ingatkan batu besar warna kelabu. Bila makin dekat tiba-tiba nampak telinga gajah tu berkibas-kibas. Nampak dia angkat belalai. Takutnya. Tapi tak berani nak sebut apa-apa. Cuma pegang tangan Amir. Rasanya dia pun perasan ada gajah kat tepi jalan. Dekat sangat. Sampai dekat Kulim baru berani tanya gajah betul ke yang saya nampak tu.

Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Rupanya memang Amir selalu nampak gajah di kawasan atas Gerik tu. Cuma saya yang pertama kali sebab selalunya masuk kereta terus tertidur tak ingat dunia. Kali ni tak tidur pulak.

Raya ketiga, separuh hari kami habiskan kat atas jalan macam tu jer. Raya keempat, baru lah dapat berjumpa Mak, Abah dan adik-adik. Kat rumah Tok Bedah cuma ada Tok, Maklong, Paklong dan Kak Nurul. Yang lain semua dah beraya di rumah masing-masing.

Lepas solat Jumaat baru bertolak ke Lenggong. Adik beradik abah semua ada kecuali family Cik dengan Cu. Malam tu tidur kat rumah peninggalan arwah Tok dan Wan Lenggong yang sekarang dah jadi rumah Cu. Esoknya beraya di rumah Tok-tok sedara Abah.

Nak balik Rawang, Abah dan Mak tak bagi. Sedih. Sekejap jer beraya dengan dorang. Tapi nak buat macam mana kan. Kesihatan diri lagi penting. Mak Abah tak nak saya penat. Highway sesak. Mesti letih lagi duduk dalam kereta. Penat balik dari Terengganu hari tu pun tak habis lagi.

Tak pe lar, raya tahun ni memang meriah, seronok. Hehe tapi lagi seronok kalau dapat ambil gambar banyak buat kenangan. Lupa sungguh nak bergambar. Sibuk sangat. Tahun depan pasti lagi meriah dengan kehadiran anak kami. Tahun depan beraya di belah saya pula. Yahuuuuu...



Depan rumah Pak Teh..Amir terselindung pula di belakang Athirah

Sunday, 4 September 2011

Aidilfitri 2011 - Beraya di Terengganu

Part 1

Hari ni hari ke-7 Syawal. Dah seminggu Syawal menjelma. Tahun ni saya beraya di Terengganu. Pertama kali, sebagai seorang isteri. Beraya di tempat orang memang terasa berbeza. Mujur ada suami yang sangat memahami. Ibu dan ayah  mertua yang baik hati, sentiasa ambil berat dan adik-adik ipar yang sentiasa membuatkan saya rasa sebahagian dari keluarga mereka.

Hari raya pertama, saya bangun pukul 4 pagi untuk memasak. Malam itu saya tidur paling awal sekali. Adik-adik ipar dan Amir saya sibuk mengemas di luar rumah sampai jam 3.30 pagi baru mereka tidur. Ibu mertua saya pun sibuk memasak di dapur sampai pukul 3.00 pagi. Tapi sebelum tu dia siap berpesan pada saya kejutkan dia pukul 3.30 pagi untuk dia masak. Letih agaknya 2-3 kali kejut akhirnya 5.00 pagi baru tersedar. Saya di dapur jam 4 pagi terkebil-kebil di dapur keseorang tak tahu nak buat apa. Akhirnya saya kupas bawang merah, bawang putih, halia siap-siap. Yang tu mesti wajib digunakan. Kemudian basuh ayam. Rupanya ibu mertua saya nak masak nasi minyak. Hehe

Beraya di Terengganu, saya tak jumpa langsung tuan rumah menghidangkan lemang dan rendang. Kebanyakan rumah hidangkan Nasi Minyak, Satey, Laksa Terengganu di hari pertama. Ada juga yang hidangkan ketupat palas. Tapi ketupat mereka dah digoreng rangup dan dimakan dengan kuah kacang.

Hari pertama beraya, kami beraya di rumah saudara mara ayah dan ibu mertua. Ada yang saya kenal dan ada yang baru pertama kali berjumpa. Letih. Dari satu rumah ke satu rumah. Makanan yang dihidangkan berat-berat belaka. Tak larat nak menjamu kesemuanya. Oh ya. Mereka juga kurang makan biskut raya. Biskut raya cuma di letakkan di tepi dan tak berusik sangat. Hampir senja baru kami pulang ke rumah.

Malam tu saya memang dah out. Tak larat. Terus tidur dan terjaga semula jam 12.30 pagi. Rasanya semua orang tidur kecuali adik-adik ipar yang kecik-kecik  main bunga api dengan sepupu-sepupu dorang.

Raya kedua, beraya di rumah kawan-kawan Amir. Pun sama, keluar tengah hari dan pulang bila senja. Sempat berjumpa dengan Cu di Manir. Hehe ada juga sedara mara saya di Terengganu. Cu, adik bongsu Abah, berkahwin dengan Pak Cu Amri, dari Kg Buluh Gading. Sekarang pregnant 4 bulan. Mak sedara dengan anak sedara pregnant sama-sama. Nanti Cu dapat la cucu sedara dia yang pertama.  Tak nak kalah tu. :)

Raya ketiga, ada Open House. Mama masak Nasi Telur (pertama kali dengar, lihat dan rasa), Mee Rebus dan Soto. Tapi kami sempat join sampai pukul 3 petang saja. Lepas tu terus berangkat ke Penang. Tak sabar nak beraya dengan Mak Abah di Kedah. Tapi sedih pula tinggalkan Terengganu, sebelum balik Mama dan Abah hadiahkan set mangkuk Vision. Macam tau-tau pulak, rumah kami tak cukup mangkuk. Ralat rasa sebab tak belikan apa-apa pun untuk Mama dan Abah raya kali ni.

Bersambung...


Salam lebaran dari kami berdua - Amir dan Belle