Sunday, 1 April 2012

2 month and half of Aleesya

Assalamualaikum.

Hello.

Aleesya dah 2 bulan setengah sekarang.


She's healthy alhamdulillah and still breastfeeding. Setakat ini, mama bekalkan 3 botol susu, 3oz each kat babysitter Aleesya. Babysitter kata Aleesya minum banyak ni tiap hari. Balik dari kerja mama terus direct feed kat Aleesya.


Now, she love to smile and laugh when we tease her. Sangat suka sembang-sembang sambil mulut muncung-muncung nak cerita dekat mama dan papa. Pernah sekali adik mengajuk Aleesya buat bunyi coo coo. Last-last dia menjerit kat adik. Kami semua terkejut then semua gelak besar tengok Aleesya. Comel.

Other progress of Aleesya.

Aleesya dah pandai lonjak-lonjakkan kaki kalau berdirikan dia. Kadang-kadang bila Aleesya nangis, Mama ingat Aleesya nak susu. Rupanya nak duduk je atas riba. Bosan kot asyik baring je. Mama tunggu bila Aleesya nak boleh berpusing dan meniarap. Aleesya dah pandai lonjak-lonjakkan badan bila mama baringkan Aleesya. Macam first move untuk mula meniarap. Selalu bila Aleesya buat macam tu, mama akan tanggalkan mitten Aleesya.

Oh, kadang-kadang mama tanggalkan mitten Aleesya dan bagi Aleesya pegang benda-benda sekeliling Aleesya. Mama bagi Aleesya pegang tangan mama, pegang toys Aleesya, pegang her own face, eyes, ear, anything berhampiran Aleesya. Good for Aleesya to start learn about sense.

Cara Aleesya menangis pun dah berubah sekarang. Tak macam masa Aleesya baby dulu. Comel sangat cara Aleesya menangis sekarang. Next time, Mama letak video Aleesya menangis :)



Ini gambar Aleesya dengan bouncer baru dia. Kat rumah babysitter dia, Aleesya guna buaian. First few days, mama pergi kerja and Aleesya stay kat rumah babysitter, Aleesya susah nak tidur malam-malam. Selalu merengek je. As a solution, we bought her this bouncer. Thought she'll have good sleep using this. Tapi i'm wrong. Kadang-kadang je guna. Selalunya masa siang, letak Aleesya masa ada cerita cartoon. Khusyuk je tengok cartoon dari atas bouncer ni. Malam-malam, sambil menyusu baru boleh tidur lena.


Funny faces of Aleesya and Mak Zafira, my cousin. First time meeting her. Zafira's 10 days younger than Aleesya. Meet her at hospital. Masa ni kakak Zafira, Saffiya kena operate jantung kat General Hospital, Penang. Alhamdulillah, operation tu berjalan lancar dan berjaya. Kelakar  bila fikir balik mak sedara dengan anak sedara mengandung sama-sama. Hehe.

Okeh, ini je yang sempat mama tulis untuk Aleesya. Love you sayang. Next time, I'll find time to write about you. Mmuahh.



p/s: papa baru beli D90 semalam..yippie boleh papa ambil gambar mama dan Aleesya banyak-banyak.

No comments: