Masih belum boleh meniarap atau berpusing tapi dah mula lonjak-lonjakkan badan untuk berrpusing. Bila mama cuba meniarapkan Aleesya, kadang-kadang Aleesya ok, kadang-kadang Aleesya menangis. Kalau Aleesya menangis mean she's not ready yet. So mama pusingkan balik Aleesya. No need to rush. Biar Aleesya belajar untuk pusing sendiri. Lagi pun masih awal lagi untuk Aleesya meniarap.
Aleesya makin suka berdiri.

Aleesya sekarang dah tidur atas playpen sendiri tapi masih lagi bangun tengah-tengah malam untuk menyusu. So papa dah boleh tidur balik atas katil, hehe tak macam sebelum ni, papa tidur atas tilam sorang-sorang.
Still breast feeding. 3 bottles, 4 oz each from 9 am to 6 pm. Cuma after long holiday kat Terengganu, dah start refuse minum using bottles sebab hari-hari dengan mama masa kat kampung hari tu. Bila hantar kat babysitter, mulalah tolak puting bottle dengan lidah. Meraung-raung tak nak bottle.
Mama dah start bacakan cerita-cerita untuk Aleesya. At the end, mama akan beritahu Aleesya apa moral story atau pengajaran dari cerita tu. Mama juga dah start pasang ayat-ayat Al-Quran untuk Aleesya dan mama juga dengar. Terutama masa Aleesya nak tidur. Before ni, mama selalu juga pasang tapi tak consistent. Harap selepas ni, mama akan lebih consisten pasang ayat Al-Quran. Ini langkah-langkah awal untuk didik Aleesya suka dengar bacaan Al-Quran.
Moga-moga Aleesya boleh menjadi hafizah satu hari nnt. Tu impian mama. Dan insyaallah mama akan didik diri mama dan juga Aleesya untuk baca Al-Quran dan hafal Al-Quran setiap hari. Amin.
1 comment:
Nanti skejap je rasa tup2 dh mkn, tumbuh gigi, bjalan, bcakap..
Insya Allah bakal hafizah didikan mamanya
Post a Comment