Aleesya selalu tidur pukul 10 malam macam tu kemudian bangun pukul 3 dan pukul 5 pagi. Sejak belle mula kerja minggu lepas, belle selalu bangun awal juga la,lebih kurang pukul 5.30 pagi. Pagi tadi lagi awal, pukul 4.30 dah terjaga. Kalau dulu,jangan harap la nakbangun untuk kaki tidur macam belle ni. Hehe
Masa pagi – pagi macam ni la baru ada masa nak basuh pinggan, nak basuh baju sidai baju, kemas ruang tamu. Kalau tak, memang tak ada masa. Balik dari kerja dah pukul 6 ptg lebih. Mandikan Aleesya (selalu papa yang mandikan Aleesya). Lepas mandi Aleesya nak susu. Badan pun dah sangat-sangat letih. Jadi memang tak sempat nak buat apa-apa. Masak pun jadi delay-delay. Aleesya pun nk melekat je dengan mama dia. Kesian juga kat dia, mesti dia rindu kat mama dengan papa dia. Satu hari tak jumpa.
Rutin hidup sekarang pun dah 360 darjah bertukar. Masa bujang dan masa berdua selepas kahwin memang tak sama dengan sekarang. Sekarang rasa lebih bertanggung jawab. Hehe. Kalau tak siapa la nak uruskan si kecik tu.
Selalunya kalau lepas solat subuh, Aleesya mesti terjaga. Belle tukar pampers dia sebelum hantar ke babysitter. Masa bangun tidur macam ni selalunya Aleesya suka gelak-gelak. Sembang – sembang dengan kita. Mulut dia terkumat kamit nak cakap. Mungkin dia nak cerita apa dia mimpi semalam. Hehe
Sejak ada Aleesya, pagi Belle rasa lebih ceria walaupun bit hectic. Papa pun nampak ceria je selalu.
Oh pagi semalam, masa Belle tengah tukar pampers Aleesya, tiba-tiba papa menjerit dari dalam bilik air. Belle tanya kenapa, papa senyap pulak. Lepas keluar dari bilik air, papa bagitahu mama yang dia tersilap letak shampoo rambut dekat berus gigi, ubat gigi dia letak kat rambut. Hahahahaha. Mama gelak sampai keluar air mata. Mamai ke hapa..
Tiba-tiba Aleesya pun gelak sama.
Hehe
Aleesya pun paham ke apa yang jadi? Ke Aleesya tengok mama dok gelak-gelak, dia pun gelak sama.
Comel la anak beranak ni.
Tapi bangun awal pagi macam mana pun tetap keluar rumah pukul 8 lebih, sampai office nak dekat pukul 9pg. Frust betul. Ingat boleh sampai office sebelum pukul 8.
Kena buat post-mortem ni. Hehe
Tak pun kena bangun pukul 3 baru bole keluar rumah awal.?????Adoiii.
No comments:
Post a Comment