Hello. Assalamualaikum
2 bulan Belle on maternity leave, blog ni pun on leave jugak. Bukan malas nak tulis tapi memang tak sempat nak tulis. Oh my blog, I'm back!! Sementara dua orang kesayangan belle ni tengah tidur depan tv ni, boleh la tulis apa-apa dalam kepala ni.
Macam tak percaya, belle dah jadi seorang ibu. Hehe. Pengalaman baru. Setiap hari belajar perkara baru. Setiap hari tengok Aleesya membesar. Bila belek-belek gambar Aleesya yang berlambak-lambak dalam laptop ni, belle tengok muka dia berubah-ubah je. Selama ni tak perasan sangat, adik-adik yang dah lama tak jumpa Aleesya kata muka Aleesya dah lain. Mama tak perasan pulak.
Mama dah start kerja 6 Mac lepas. Dah seminggu Aleesya tinggal dengan baby sitter. Kami panggil baby sitter Aleesya, Mama Atie. Alhamdulillah, kami jumpa juga baby sitter yang boleh jaga Aleesya. Setakat ni tak ada masalah. Kat rumah Mama Atie, Aleesya tidur dalam buaian. Nasib baik kat rumah Aleesya boleh tidur atas katil macam biasa. Tapi kadang-kadang, kalau Aleesya mengantuk tapi tak boleh tidur terpaksa la mama dengan papa jadi buaian untuk Aleesya.
Aleesya tak banyak meragam. Macam baby lain jugak. Kalau nangis tu, dia nak bagitahu samada dia nak susu, nak tidur, nak suruh tukar lampin. Itu je. Kalau semua tu settle, tak ada masalah. Dulu Aleesya menangis jugak kalau nak mandi, sekarang tak lagi. Sekarang suka dah main air. :)
Jumaat depan, Aleesya genap 2 bulan. Alhamdulillah Aleesya sihat walafiat. Aleesya sepenuhnya minum susu ibu. Sejam lepas Aleesya lahir, nurse terus bagi Aleesya kat mama untuk menyusu. Nurse tu kata pandai Aleesya cari sendiri putting untuk menyusu. Mama mengiring untuk susukan Aleesya sebab kaki mama tak boleh bergerak masa tu. Mama tengok Aleesya semangatnya menyusu. Macam lapar sangat. Pertama kali pegang Aleesya masa tu. Rasa macam nak menangis jer. Sebak, terharu, perasaan bercampur baur masa tu.
Hari-hari seterusnya, Aleesa menyusu badan sampai hari ni. Cabarannya banyak. Sampai 2-3 kali, Mama hampir putus asa, rasa macam nak bagi susu formula je. Tapi bila fikir-fikir balik, mama tak sampai hati nak bagi susu formula kat Aleesya, bila pandang muka Aleesya, mama pun kata "Biar apa pun Aleesya mesti minum susu mama". Alhamdulillah, sampai sekarang Mama boleh susukan Aleesya. Papa pun sentiasa bagi sokongan kat mama.
Enough pasal menyusu, nanti kita cerita lagi bab-bab penyusuan ni. Banyak lagi yang mama nak cerita apa yang berlaku selama berpantang ni. Haha excited pulak.
Entah ada masa ke tidak nak menulis, tapi kalau tak tulis, nanti kita tak ingat dah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup ini kan. At least dengan menulis, kita boleh recall balik kenangan-kenangan lama. Lagipun papa yang beria-ria sangat tanya apa dah jadi dengan blog mama ni. Ok lar cukup lar dulu entry sempena kepulangan belle ke dunia blog ni. Kita jumpa lagi dalam entry lain.
P/s: kadang-kadang seharian penat menguruskan Aleesya sepanjang hari, bila malam sebelum Aleesya tidur, dia senyum kat Belle, cairnya hati tengok dia tersenyum. Hilang terus rasa penat, terus peluk erat-erat. Kemudian tidur sama-sama :)
P/s: kadang-kadang seharian penat menguruskan Aleesya sepanjang hari, bila malam sebelum Aleesya tidur, dia senyum kat Belle, cairnya hati tengok dia tersenyum. Hilang terus rasa penat, terus peluk erat-erat. Kemudian tidur sama-sama :)
No comments:
Post a Comment