Tuesday, 7 August 2012

This morning


Sejak masuk 6 bulan ni, Aleesya dah mula menangis bila hantar kat baby sitter. Setiap hari. Sedih juga hati mama tengok Aleesya menangis, rasa mahu dukung, tenangkan dia. Tapi kalau buat macam tu alamatnya tak pergi kerja la. 

Bila nak ambil semula Aleesya lepas waktu kerja, mama ati cakap Aleesya menangis je. Hmm kesiannya dia. Rindu kat mama la tu yer sayang. 

Dulu tak menangis pun, sejak kenal orang ni, Aleesya mula menangis. Sampai bila pun tak tahu lar. 

Tengok lar gambar Aleesya pagi tadi. Tak senyum pun kat mama. Sedih kot sebab nak kena tinggal. 


Expressionless 


"Mommy, I don't want to smile to you"


"I don't want to look at you, mommy"


"Nanti petang kite jumpa yer sayang.."

Mama ati bilang sama mama, Aleesya dah boleh duduk sendiri, tapi tak berapa nak stabil lagi. Mama tunggu juga bila Aleesya nk duduk sendiri last week. Tapi tak ada tanda-tanda pun. Nak berdukung ngan mama jer. 

Sedih tak dapat jadi orang pertama tengok perkembangan anak sendiri. 

No comments: