Salam Ramadhan.
Aleesya dah berusia 6 bulan skarang. Boleh panggil ma-ma kalau menangis saja. Menangis suruh dukung atau nak susu. Aleesya pun dah start makan bubur nasi, tapi masih sesi pengenalan. Setakat ni mama dah bagi Aleesya makan epal, pear, pisang, ubi kentang dan anggur. Paling Aleesya suka pisang dan ubi kentang. Kalau dua ni mama suap, laju je tangan capai sudu suruh mama suap. Yang lain buat muka pelik-pelik dulu bila mama suap.
Sekarang pun Aleesya dah semakin pandai bergolek-golek. Kalau nak capai barang, golek-golek dulu sampai dekat dengan barang tu. Mama belikan playing mat, golek-golek sampai terkeluar dari playing mat.
Aleesya cepat boring main toys dia, lebih suka main benda-benda real macam remote TV, handbag mama, handphone.
Let's see her photos for this month.
I'm 6 month old.
With my new sleeping wear.
Tengok saya pun pandai pakai tudung belit-belit tau. Ini fashion Hana Tajima namanya.
Sangat suka mandi sambil main ikan warna warni ni. Masa mula-mula mama jumpa toys ni kat Jaya Jusco, mama saja tekan-tekan toys ni bagi keluar bunyi, Aleesya buat muka hairan lagi, pandang je kat mama. Papa suruh beli satu. Sampai sekarang kalau mandi sibuk main ikan-ikan ni. Kalau mama tekan ada bunyi je, tiba-tiba Aleesya gelak sorang-sorang.
Ini masa berbuka puasa dengan office mate papa dan mama dekat Puncak Mutiara, Kubang Seman Kedah.
Anak mama sangat behave masa ni. Keep it up yer good girl!.
"Cakkk!, Saya baru bangun tidur". Mata segar bugar walaupun baru bangun. Pinjam blanket mama kejap.
"Hai mama, apa ni amik gambar Aleesya tak gosok gigi lagi. Aleesya tak ada gigi."
"Mama, ambilkan phone papa. Aleesya tak sampai ni."
"Okay, sedap phone papa ni".
No comments:
Post a Comment