Tuesday, 28 August 2012

Papa Off to US

Salam

Hari ni masuk hari ke-3 Papa ada kat US for work. Mama kat rumah ditemani officemate mama, Fiza. Mama drive to office and Fiza will hold Aleesya. First 2 days, menangis. Bukak lagu yes, yes, no, no. Baru senyap sambil menanyi sekali. Hari ni, tak menangis dah bila Fiza pegang.

This 3 weeks, mama akan jadi supermommy, handles everything. Balik rumah sempat pulak masak. Reasons mama masak, malas nak drive pergi cari food!. Hehe. I hate driving. Prefer to be madam and have driver beside me. (evil grin)

First day papa pergi, rasa tak semangat je nak kerja. Dalam hati rasa berat je. Rindu sangat kat papa. Nak contact pun tak boleh sebab papa atas flight lagi. Masuk bilik je mesti menangis teringat kat papa. Aleesya pun pandang pelik je. First time tengok mama menangis depan dia. 

Second day, ok sikit sebab boleh contact papa. Alhamdulillah papa selamat sampai kat sana.

Third day, ok. I'm fine. No more sedih-sedih. I'm getting used to it. :). Bawak kereta pun expert. Parking, failed.

Tapi dah 3 hari Aleesya tak tengok muka papa. Mama tunjuk gambar papa jer. Semalam mama dengan Aleesya tunggu papa bangun dari tidur. Ingat papa nak online, tapi papa tak online-online pun. First time Aleesya tidur lewat semalam. Main dalam walker dan tak menangis. Mungkin Aleesya pun tunggu papa call dia. 

Mama bawak Aleesya masuk tidur, sebab asyik menguap je. Still tak nak tidur. Main guling-guling atas katil. Last sekali, mama ambil kain pelekat papa. Selimut kain pelekat papa, baru tidur nyenyak sampai pagi. I guess Aleesya rindu kat papa.

Mama pun rindu sangat kat papa. Cepat-cepat lah 3 minggu ni berlalu. 




                     Tunggu papa sambil membuat percubaan untuk merangkak :)






Wednesday, 15 August 2012

Iftar Bersama Aleesya

2 hari lepas, Aleesya buka puasa dengan papa dan mama di Georgetown City Hotel. Before ni namanya adalah Berjaya hotel. Ini sahaja hotel yang tak full. Yang lain semua full. Kami pun tak rancang nk berbuka di sini. Lepas membeli belah dekat SSF, terus decide makan kat sini.

Tapi makanannya cuma biasa-biasa saja. Nothing so special. RM47 untuk dewasa :)




At lobby. 


Duduk atas riba papa. Tak dok diam. 


Senyum sikit jer. 


Cam whoring dengan mama


Senyum banyak :)

Sunday, 12 August 2012

Shopping Raya

Tahun ni first time beraya dengan Aleesya. Awal-awal lagi dah beli baju raya dia. Sebelum puasa lagi. Memang betul lah raya ni memang untuk kanak-kanak. Mama tak kisah sangat pun baju mama. Excited beli baju Aleesya lagi. 


Tertidur dalam stroller. 


Dah jaga. 


Tunggu papa fitting baju. 


Tunggu papa lagi. 


Baju-baju raya Aleesya. 




Ops. Dah terpakai baju ni masa shopping raya. 


Jacket fav mama. 


Ayah ngah Aleesya bagi :)

Sorry semua gamba baju Aleesya berkedut-kedut. Hehe. Eh semua pink? Kena tambah lagi baju si tecik ni. Tapi raya next week. Sempat ke? Stokin dan kasut dia pun belum beli lagi :P

Baju kurung Aleesya masih lagi dengan Mak Tok dia. Tak sabar nak tengok baju kurung Aleesya. Kain sama dengan mama. 


Let's Walk And Play With Me

Sebelum ni mama berkira-kira juga nak beli walker atau tidak. Baca kat internet, ada yang kata walker tak bagus untuk baby atas sebab-sebab keselamatan. Tapi mama dan papa belikan satu untuk bagi Aleesya duduk time makan. 

Menyesal tak beli awal-awal. 

Kalau tak, boleh la makan la dengan tenang. Sebelum ni kena pegang je dia, sebab Aleesya tak nak duduk sorang-sorang. Dia nak join jugak kat meja makan. :)

Tengok lah budak tecik ni yang excited bermain  toys dalam walker masa shopping kat JJ Jumaat lepas. 


Makan toys. Membuatkan papa excited nak belikan untuk si tecik ni. 


Balik rumah still excited lagi. Tapi keesokan hari dah mula bosan. 


Menangis berjurai air mata. Sedih 


Tapi hari ni, steady je main dalam walker. 


Khusyuk main sorang-sorang. Boleh la mama rehat hari ni. Syoknye big girl mama good girl la 

Sekarang mama boleh makan banyak-banyak. Yeay

Iftar Ramadhan 2012

 Salam.

Sama macam tahun-tahun lepas, mama mesti ada iftar dengan kawan-kawan baik mama. Cuma tahun ni ada tambahan seorang budak tecik. Aleesya pun pertama kali jumpa dengan kawan-kawan mama.

Kami bertolak dari Penang jam 1 ptg. Pukul 5 ptg sampai kat Alamanda, Putrajaya. First time juga reunion kat sini. Selama ni iftar kat KLCC. Tahun ni ubah selera pulak. 





Temgok lar mulut kiut saya :)



Walaupun tak ada gigi, saya nak geget juga auntie Ira. 



Aleesya dengan kawan-kawan baik mama



Suka main dengan Auntie Ira. 





Yang hadir Iftar Ramadhan 1433 H

Friday, 10 August 2012

Mari membaca bersama saya


"Baca buku sekejap. Papa ni lama sangat beli makanan dekat bazar"


"Mama, lambat la papa ni. Aleesya lapar dah"


"Aleesya dah abis baca dah magazine ni"


"Yeay, papa dah balik. Papa bacakan sikit ni kat Aleesya. Aleesya tak faham ni"


"Ok lar papa, jom kita balik rumah. Aleesya start enjin yer. Papa dok diam-diam. "

Tuesday, 7 August 2012

This morning


Sejak masuk 6 bulan ni, Aleesya dah mula menangis bila hantar kat baby sitter. Setiap hari. Sedih juga hati mama tengok Aleesya menangis, rasa mahu dukung, tenangkan dia. Tapi kalau buat macam tu alamatnya tak pergi kerja la. 

Bila nak ambil semula Aleesya lepas waktu kerja, mama ati cakap Aleesya menangis je. Hmm kesiannya dia. Rindu kat mama la tu yer sayang. 

Dulu tak menangis pun, sejak kenal orang ni, Aleesya mula menangis. Sampai bila pun tak tahu lar. 

Tengok lar gambar Aleesya pagi tadi. Tak senyum pun kat mama. Sedih kot sebab nak kena tinggal. 


Expressionless 


"Mommy, I don't want to smile to you"


"I don't want to look at you, mommy"


"Nanti petang kite jumpa yer sayang.."

Mama ati bilang sama mama, Aleesya dah boleh duduk sendiri, tapi tak berapa nak stabil lagi. Mama tunggu juga bila Aleesya nk duduk sendiri last week. Tapi tak ada tanda-tanda pun. Nak berdukung ngan mama jer. 

Sedih tak dapat jadi orang pertama tengok perkembangan anak sendiri. 

Thursday, 2 August 2012

6 month old of Aleesya


Salam Ramadhan.

Aleesya dah berusia 6 bulan skarang. Boleh panggil ma-ma kalau menangis saja. Menangis suruh dukung atau nak susu. Aleesya pun dah start makan bubur nasi, tapi masih sesi pengenalan. Setakat ni mama dah bagi Aleesya makan epal, pear, pisang, ubi kentang dan anggur. Paling Aleesya suka pisang dan ubi kentang. Kalau dua ni mama suap, laju je tangan capai sudu suruh mama suap. Yang lain buat muka pelik-pelik dulu bila mama suap. 

Sekarang pun Aleesya dah semakin pandai bergolek-golek. Kalau nak capai barang, golek-golek dulu sampai dekat dengan barang tu. Mama belikan playing mat, golek-golek sampai terkeluar dari playing mat. 

Aleesya cepat boring main toys dia, lebih suka main benda-benda real macam remote TV, handbag mama, handphone. 

Let's see her photos for this month. 


I'm 6 month old. 


With my new sleeping wear. 


Tengok saya pun pandai pakai tudung belit-belit tau. Ini fashion Hana Tajima namanya. 


Sangat suka mandi sambil main ikan warna warni ni. Masa mula-mula mama jumpa toys ni kat Jaya Jusco, mama saja tekan-tekan toys ni bagi keluar bunyi, Aleesya buat muka hairan lagi, pandang je kat mama. Papa suruh beli satu. Sampai sekarang kalau mandi sibuk main ikan-ikan ni. Kalau mama tekan ada bunyi je, tiba-tiba Aleesya gelak sorang-sorang. 


Ini masa berbuka puasa dengan office mate papa dan mama dekat Puncak Mutiara, Kubang Seman Kedah. 
Anak mama sangat behave masa ni. Keep it up yer good girl!. 


"Cakkk!, Saya baru bangun tidur". Mata segar bugar walaupun baru bangun. Pinjam blanket mama kejap.


"Hai mama, apa ni amik gambar Aleesya tak gosok gigi lagi. Aleesya tak ada gigi."


"Mama, ambilkan phone papa. Aleesya tak sampai ni."


"Okay, sedap phone papa ni".