Wednesday, 14 March 2012

Pagi la pagi

Aleesya selalu tidur pukul 10 malam macam tu kemudian bangun pukul 3 dan pukul 5 pagi. Sejak belle mula kerja minggu lepas, belle selalu bangun awal juga la,lebih kurang pukul 5.30 pagi. Pagi tadi lagi awal, pukul 4.30 dah terjaga. Kalau dulu,jangan harap la nakbangun untuk kaki tidur macam belle ni. Hehe
Masa pagi – pagi macam ni la baru ada masa nak basuh pinggan, nak basuh baju sidai baju, kemas ruang tamu. Kalau tak, memang tak ada masa. Balik dari kerja dah pukul 6 ptg lebih. Mandikan Aleesya (selalu papa yang mandikan Aleesya). Lepas mandi Aleesya nak susu.  Badan pun dah sangat-sangat letih. Jadi memang tak sempat nak buat apa-apa. Masak pun jadi delay-delay. Aleesya pun nk melekat je dengan mama dia. Kesian juga kat dia, mesti dia rindu kat mama dengan papa dia. Satu hari tak jumpa.
Rutin hidup sekarang pun dah 360 darjah bertukar. Masa bujang dan masa berdua selepas kahwin memang tak sama dengan sekarang. Sekarang rasa lebih bertanggung jawab. Hehe. Kalau tak siapa la nak uruskan si kecik tu.
Selalunya kalau lepas solat subuh, Aleesya mesti terjaga. Belle tukar pampers dia sebelum hantar ke babysitter. Masa bangun tidur macam ni selalunya Aleesya suka gelak-gelak. Sembang – sembang dengan kita. Mulut dia terkumat kamit nak cakap. Mungkin dia nak cerita apa dia mimpi semalam. Hehe
Sejak ada Aleesya, pagi Belle rasa lebih ceria walaupun bit hectic. Papa pun nampak ceria je selalu.
Oh pagi semalam, masa Belle tengah tukar pampers Aleesya, tiba-tiba papa menjerit dari dalam bilik air. Belle tanya kenapa, papa senyap pulak. Lepas keluar dari bilik air, papa bagitahu mama yang dia tersilap letak shampoo rambut dekat berus gigi, ubat gigi dia letak kat rambut. Hahahahaha. Mama gelak sampai keluar air mata. Mamai ke hapa..
Tiba-tiba Aleesya pun gelak sama.
Hehe
Aleesya pun paham ke apa yang jadi? Ke Aleesya tengok mama dok gelak-gelak, dia pun gelak sama.
Comel la anak beranak ni.
Tapi bangun awal pagi macam mana pun tetap keluar rumah pukul 8 lebih, sampai office nak dekat pukul 9pg. Frust betul. Ingat boleh sampai office sebelum pukul 8.
Kena buat post-mortem ni. Hehe
Tak pun kena bangun pukul 3 baru bole keluar rumah awal.?????Adoiii.

Wordless Wednesday



On 8th March 2012. Unexpected gift from Papa sempena International Women's Day. Aleesya pun dah jadi woman ek..hehe

Sunday, 11 March 2012

Mommies Outing

Semenjak mama dah start pergi kerja dan Aleesya dah dihantar ke babysitter, mama dengan papa dah mula bawa Aleesya pergi rumah Tok Bedah, pergi JJ, pergi Tesco. Semuanya dukung je.Without stroller. Lenguh juga asyik pegang dia. Papa ni la asyik tangguh beli stroller. Mama pun tak tahu jenis stroller apa yang dia nak cari.
Anyway, sabtu lepas mama, papa dan Aleesya jalan-jalan kat Queensbay Mall. Kami jumpa dengan kawan baik mama dan papa, Uncle Apih dan Auntie Intan. Anak mereka nama Nur Aini Faqehah. Selama ni tengok Kak Faqehah dalam facebook je. Ini kali pertama bersua muka tahun ni. Lepas Auntie Intan dan Aini balik dari berpantang kat Johor.
Kami lunch kat Kenny's Roger. Masa mula-mula sampai Aleesya berjaga. Baru lepas minum susu. Meanwhile, Kak Faqehah tengah tidur. Lepas lama-lama borak and food pun sampai, Aleesya pulak tidur. Kak Faqehah pula jaga. Memang tak sempat berkenalan lagi la depa dua ni.
Kak Faqehah pun lahir bulan January, tapi awal setengah bulan dari Aleesya. Kak Faqehah lahir 2.1.2012. Jadi kenala panggil kakak kan :)
Lepas sejam borak-borak, makan-makan,ambil gambar, Mama Papa Kak Faqehah kena balik sebab depa nak jumpa babysitter, Mama Papa dan Aleesya pun continue jalan-jalan. Masa kat JJ, blanket Aleesya start nak tercabut, kami kelam kabut cari seat nak betulkan blanket dia.Then dia dah start menangis pulak. Keluar dari JJ, seat pulak semua full. Masuk balik dalam JJ bahagian Kids,tiba-tiba Mama ternampak MOTHER'S ROOM, happynya. Tak tahu ada Mother's room kat JJ.Terus masuk nak betulkan blanket dia.
Rupanya dalam tu ada juga nursing room, ada sink, tempat change diapers. Alang-alang Aleesya nak susu, Mama pun terus masuk nursing room, ada sofa plus small meja lagi. Kelas gitu. Dapat susukan Aleesya dengan selesa. Mama still tak confident nak breast feed Aleesya in public. Maybe next time, I will. Mama kena prepare nursing cover and practice kat rumah. Hehe.
During this time outing, memang tak banyak shopping pun. Aleesya suka kita dukung kita sambil jalan-jalan.Bila masuk je kedai, stop tengok-tengok barang, she'll start crying. Manja sangat. Tapi sempat la papa beli stoking dia and mama sempat beli bekung kat Watson. Then terus balik rumah.

The end.




Hehe.  

Saturday, 10 March 2012

Saat-saat kelahiran Aleesya

Meh Belle nak tulis sebelum terlupa tentang masa-masa kelahiran Aleesya. Almaklumlah, nanti lama-lama otak berkarat.

Mula-mula, nak cerita, due date doktor bagi 11.1.2012. Ambil gambar photoshoot, tulis 11.1.2012 bagai. Tapi bila sampai tarikhnya, tak ada tanda apa-apa pun. Sakit pun tidak. Seharian bersiap-sedia, kot-kot air ketuban pecah ke. Darah keluar ke. Tapi tunggu punya tunggu sampai esok tak jadik apa-apa.  Kawan-kawan, sedara-mara dah telefon, tanya ada good news ke. Bila beritahu, Belle tak bersalin lagi, macam-macam petua depa kasi. Ada yang suruh Belle jalan banyak-banyak. Ada yang suruh buat kerja rumah. Ada yang suruh makan itu ni. Belle pun ikut lar. Jalan-jalan kat Queensbay Mall. Kemas rumah, cuci toilet sampai sakit pinggang. Tak jadi jugak.

Akhirnya 16.1.2012, Belle dengan Abg Amir dan adik Belle, Aya pun pergi la Pearl Maternity Hospital untuk buat pemeriksaan doktor. Sampai kat hospital, doktor dah marah-marah. Dia kata kenapa datang lambat. Air ketuban dah semakin kurang. Terus suruh masuk wad untuk induced. Oh dengar perkataan tu, Belle terus berdebar-debar. Jantung berdegup laju je. Rasa macam tak percaya nak besalin hari ni jugak. Tapi redha je, sebab takut perkara-perkara buruk jadi kalau dilambat-lambatkan.

 Sudah lar datang lambat kat hospital, kalau nak induced doktor kata better pukul 8 pagi. Belle datang pukul 10.30 pagi. Lepas buat CTG, makan tengah hari siap-siap. Nurse pun masukkan pil. Masa ni Abg Amir hantar  Aya balik rumah, lepas tu dia masuk office dia. 20 minit lepas induce, terus sakit perut sangat. Duduklah dalam bilik tu sorang-sorang. Rasa macam sengugut. Awal-awal sakit sikit. Tapi memang kerap lar sakit. Lepas tu makin lama makin kuat sakit.

Pukul 3 petang buat CTG lagi sekali. Dekat mesin CTG tu boleh tahu tahap contraction ibu macam mana. Nurse kata ini sakit sangat ni. Memang sakit gila masa ni. Lagi teruk dari sengugut. Doktor pecahkan air ketuban, darah pun dah keluar. Tak lama lepas tu, Belle termuntah pulak. Doktor bagi ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit.

Tapi still sakit. Baca ayat Nabi Yunus. Doa macam-macam. Tiap kali sakit Belle gengam tangan Abg Amir, tak pun Aya. Then teringat Dr Tan kata, kalau sakit masa ni, jerit je kuat-kuat. Sebab memang tengah sakit. Jangan tahan-tahan . Haha memang bagus ayat dia. Belle pun jerit jugak. Tapi tak lar sampai meraung-raung.

Pukul 8.30 malam check bukaan, baru 4 nak masuk 5 cm. Doktor jangkakan pukul 12 boleh bersalin dah. Tiba-tiba nurse check kepala Aleesya bengkak dah. Jalan dah tak terbukak. Tak boleh teruskan. Kena operate. Kalau teruskan kemungkinan bahu dia akan tersangkut. Belle cakap kat nurse kalau itu yang terbaik, operate je. Tapi Abg Amir tak buat keputusan apa-apa lagi. Then Abg Amir keluar berbincang dengan nurse dan doktor. Baru dia setuju. Dia tak nak buat keputusan terburu katanya.

Pukul 10 malam, lepas salam-salam minta maaf dengan Abg Amir, Belle ditolak masuk dalam dewan bedah. Tengok muka Abg Amir sayu je. Dia tak boleh teman masuk. Memang tak jangka Belle kena bedah. Unexpected. Dulu kami janji, Abg Amir nak tolong cakap push-push masa Belle nak bersalin.  Nak tolong tiup-tiup kat muka belle. Nak jadi pom pom boy. Hehe. Tapi lain yang jadi.

Dalam bilik tu lepas bius, Belle cakap kat doktor Belle nak tidur boleh. Nak rehat. Tak larat seharian sakit teramat sangat. Belle pun pejam mata. Tapi tak boleh tidur pun. Dengar lar doktor dengan nurse bersembang-sembang. Dalam 15 minit macam tu, Doktor bius kata, kita nak tolak sikit perut awak untuk keluarkan baby ni. Belle senyum je. Tak lama lepas tu, nampak nurse bawak keluar baby dari dewan, tapi tak dengar bunyi menangis pun. `Jam 10.25 nurse bawak baby jumpa belle, dia kata baby girl. Tak nampak sangat muka baby masa ni. Belle cium pipi dia. Dalam hati, anak aku ke? Aku dah ada anak. Tak sabar nak jumpa dia.

Lepas tu tiba-tiba Belle rasa sejuk. Terketar-ketar. Sampai la habis operation. Sejuk gila. Keluar dari dewan bedah, on the way ke bilik, Abg Amir dengan Aya tengah happy-happy. Belle  tanya comel tak dia? Abg Amir dengan Aya kata, comel gila. Putih. Hehe.

Pukul 12, nurse bawak baby untuk menyusu. Pandai dia menyusu. Kaki Belle  tak boleh bergerak masa ni, jadi Belle menyusu dia secara mengiring. Nurse pun ajar cara-cara nak menyusu untuk ibu yang C-sect. Malam tu Belle tak boleh tidur, sejuk terketar-ketar. Rasa sakit sangat dekat luka operate. Ngilu. Bila Belle tanya nurse bila sakit ni nak hilang, dorang bilang pukul 6 nanti kita suntik ubat tahan sakit. Belle pun tunggu, asyik tengok jam, bila nak pukul 6. Padahal masa tu baru pukul 1.30.

Pukul 3 pagi nurse datang, tanya lagi kenapa sakit sangat ni. Pukul 4 pagi, nurse pun datang suntik ubat tahan sakit dan ubat kecutkan rahim. Baru lah boleh tidur lena. Keesokan harinya , pukul 10 pagi, nurse cabut urine tube. Masa ni kena pergi sendiri toilet. Oh masa nak bangun dari katil tu, sakitnya kepala. Tak terkata. Sakit gila. Bila baring baru ok. Belle sakit kepala ni berlarutan sampai seminggu. Sakit sampai menangis-nangis.

Hari ke-4 barulah balik ke rumah. Balik rumah jer, ramai sedara mara datang melawat Belle dengan Baby. Mula-mula nak letak nama Wan Qisya Khairina, tapi ramai kata nama Qisya tu keras. Padahal dari dalam perut Belle dah panggil dia Qisya. Jenuh la kami nak carik nama dia sebelum daftar dekat JPN. Aisya, Raisya, Aryssa. Ini antara nama - nama pilihan. Last-last kami pilih Aleesya. Jadilah Wan Aleesya Khairina.

Ini lah Aleesya sewaktu dia berumur 1 hari.






I'm back

Hello. Assalamualaikum

2 bulan Belle on maternity leave, blog ni pun on leave jugak. Bukan malas nak tulis tapi memang tak sempat nak tulis. Oh my blog, I'm back!! Sementara dua orang kesayangan belle ni tengah tidur depan tv ni, boleh la tulis apa-apa dalam kepala ni.

Macam tak percaya, belle dah jadi seorang ibu. Hehe. Pengalaman baru. Setiap hari belajar perkara baru. Setiap hari tengok Aleesya membesar. Bila belek-belek gambar Aleesya yang berlambak-lambak dalam laptop ni, belle tengok muka dia berubah-ubah je. Selama ni tak perasan sangat, adik-adik yang dah lama tak jumpa Aleesya kata muka Aleesya dah lain. Mama tak perasan pulak.

Mama dah start kerja 6 Mac lepas. Dah seminggu Aleesya tinggal dengan baby sitter. Kami panggil baby sitter Aleesya, Mama Atie. Alhamdulillah, kami jumpa juga baby sitter yang boleh jaga Aleesya. Setakat ni tak ada masalah. Kat rumah Mama Atie, Aleesya tidur dalam buaian. Nasib baik kat rumah Aleesya boleh tidur atas katil macam biasa. Tapi kadang-kadang, kalau Aleesya mengantuk tapi tak boleh tidur terpaksa la mama dengan papa jadi buaian untuk Aleesya.

Aleesya tak banyak meragam. Macam baby lain jugak. Kalau nangis tu, dia nak bagitahu samada dia nak susu, nak tidur, nak suruh tukar lampin. Itu je. Kalau semua tu settle, tak ada masalah. Dulu Aleesya menangis jugak kalau nak mandi, sekarang tak lagi. Sekarang suka dah main air. :)

Jumaat depan, Aleesya genap 2 bulan. Alhamdulillah Aleesya sihat walafiat. Aleesya sepenuhnya minum susu ibu. Sejam lepas Aleesya lahir, nurse terus bagi Aleesya kat mama untuk menyusu. Nurse tu kata pandai Aleesya cari sendiri putting untuk menyusu. Mama mengiring untuk susukan Aleesya sebab kaki mama tak boleh bergerak masa tu. Mama tengok Aleesya semangatnya menyusu. Macam lapar sangat. Pertama kali pegang Aleesya masa tu. Rasa macam nak menangis jer.  Sebak, terharu, perasaan bercampur baur masa tu.

Hari-hari seterusnya, Aleesa menyusu badan sampai hari ni. Cabarannya banyak. Sampai 2-3 kali, Mama hampir putus asa, rasa macam nak bagi susu formula je. Tapi bila fikir-fikir balik, mama tak sampai hati nak bagi susu formula kat Aleesya, bila pandang muka Aleesya, mama pun kata "Biar apa pun Aleesya mesti minum susu mama". Alhamdulillah, sampai sekarang Mama boleh susukan Aleesya. Papa pun sentiasa bagi sokongan kat mama.

Enough pasal menyusu, nanti kita cerita lagi bab-bab penyusuan ni. Banyak lagi yang mama nak cerita apa yang berlaku selama berpantang ni. Haha excited pulak.

Entah ada masa ke tidak nak menulis, tapi kalau tak tulis, nanti kita tak ingat dah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup ini kan. At least dengan menulis, kita boleh recall balik kenangan-kenangan lama. Lagipun papa yang beria-ria sangat tanya apa dah jadi dengan blog mama ni. Ok lar cukup lar dulu entry sempena kepulangan belle ke dunia blog ni. Kita jumpa lagi dalam entry lain.

P/s: kadang-kadang seharian penat menguruskan Aleesya sepanjang hari, bila malam sebelum Aleesya tidur, dia senyum kat Belle, cairnya hati tengok dia tersenyum. Hilang terus rasa penat, terus peluk erat-erat. Kemudian tidur sama-sama :)