Sekarang minggu 26, cuma tinggal 14 minggu lagi. Excited nya nak tunggu kelahiran orang baru. Lebih-lebih lagi lepas tengok anak kawan kami yang baru lahir semalam. Comel sangat anak mereka. Sampai termimpi-mimpi. Teringat masa kami tengok baby tu, nurse baru bawa keluar dari bilik bedah untuk pergi ke NICU. Masa tu baby tu pejam mata lagi, bila kami dok dekat sikit, dia pun buka mata dia. Buka. Tutup. Buka. Tutup. Pandang kat arah kami. Mesti dia tahu ayah dia ada kat situ. Comel. Geram tengok. Bila ibu dia dah keluar dari hospital nanti, boleh la pi tengok lagi bawak hadiah.
Anyway anak kami pula, alhamdulillah tadi scan, doktor kata sihat. Tak ada masalah. Saya blood pressure rendah sikit 98/68. Tapi nurse kata normal lagi. Sekarang ni kena pergi klinik seminggu 2x. Sepatutnya dari 3 minggu lepas kena pergi klinik seminggu 2x. Minggu lepas baru tersedar. Minggu depan dah ada monthly check up.
Sembang-sembang dengan kawan kami semalam, ada la tips-tips yang berguna yang kami ehem tak sempat khatam lagi. Contohnya pasal uri. Kat mana nak tanam, tanam pakai apa, kalau dah malam nak simpan kat mana. Semua tu kena fikir siap-siap. Nanti kelam kabut pulak.
Kemudian, bab azan iqamat ni. Bapa atau wali kenalah azankan anak lelaki di telinga kanan, anak perempuan pula iqamat di telinga kanan dia.
Lagi saya kena baca lebih juga mengenai caesarean. Kita rancang untuk bersalin normal, tapi tak tahu pelbagai kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir. Jadi perlulah siap kan diri.
Oh ya. Dah jumpa artikel mengenai air selusuh. Selalu dengar pasal air selusuh untuk ibu yang nak bersalin ni. Tertanya-tanya juga air selusuh tu nak buat macam mana kan.
Air selusuh paling baik daripada air zam zam. Kalau tak ada boleh guna air suling, air hujan malam jumaat atau pun air hujan biasa. Kalau tak dapat juga air-air tersebut boleh la juga guna air yang dah dimasak.
Doa-doa yang perlu dibaca untuk buat air selusuh ni.
Al-Fatihah
Ayat 21 surah Al-Hasyr.
21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir
Ayat 22 surah Al-Hasyr.
22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ayat 23 surah Al-Hasyr.
23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Ayat 24 surah Al-Hasyr.
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Selawat Syifa
Doa selusuh
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.
Doa pemudah
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".
Air diminum seminggu dari tarikh jangka kelahiran dan sapu air selusuh itu di perut ibu dari atas ke bawah dengan membaca selawat 7x.
Harap-harap Amir boleh tolong buatkan air selusuh ni. Mudah-mudahan senang nak bersalin nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment