Sewaktu mengandung ni macam-macam pantang larang yang saya baca dan dengar terutama bab makan memakan ni. Awal-awal mengandung, jangan makan nenas, tapai, ikan berbisa macam ikan pari dan macam-macam lagi. Sampaikan masa mula-mula mengandung saya jadi stress, tak tahu nak makan apa. Hari-hari makan sup ayam saja.
Doktor kata kurangkan minum nescafe, kopi dan teh. Sejak mengandung ni memang saya tak sentuh langsung nescafe, kopi dan teh. Kalau teringin sangat nak minum nescafe, cuma rasa seteguk saja. Macam mana tak teringin, hari-hari buatkan nescafe untuk Amir, teringin juga nak minum. Masa awal-awal mengandung, (cuba kira berapa banyak perkataan "Masa awal-awal mengandung") minum juga teh, tapi teh ni menyebabkan badan saya berangin, jadi tinggalkan the buat sementara waktu. 9 bulan itu cuma sementara waktu je?? Terbeliak mata*
Masa mengandung, selain soalan biasa yang ditanya macam "Dah berapa bulan dah", "Bila due", "Dah scan? Laki ke perempuan, mek ke awang?". Soalan cepu mas lain yang biasa orang tanya adalah "Ada mengidam apa-apa tak? ". Haa. Ni memang soalan favourite kan.
As for now. Diulangi as for now... Mengidam tu setakat dimulut je lar. Kalau tak dapat, tak ada lar sampai terguling-guling atas lantai ataupun terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Masa 3 bulan pertama, memang pantang tengok makanan yang best-best kat iklan tv ataupun kat iklan kat tepi jalan. Almaklumlah masa morning sickness, mulut ni tak boleh nak makan semua benda. Sentiasa rasa nak muntah jer. Siang malam. Hidung jadi sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Bau stoking dari jauh boleh bau. Lalu depan bakul bawang terus muntah. Akhir sekali bakul bawang letak kat luar dapur, nak masak tutup hidung dengan kain.
Pernah ada satu malam pukul 12, ada iklan McD, terus nak McD. Tapi tak dapat pun. Merajuk sekejap kemudian lama-lama terlupa. Ada satu pagi, on the way ke office, dekat simpang tiga, berhenti depan traffic light, ada papan iklan Coco - Crunch yang sangat besar. Terus nak. Tengah hari baru dapat. Hehe.
Pantang tengok gambar makanan yang best. Nak aje. Tapi belum tentu nak makan bila dah dapat.
Orang tua-tua kata kalau bini mengandung tak dapat apa yang dia mengidam nanti anak keluar air liur meleleh je. Ustazah Nor Bahayah dalam buku dia "Amalan Ibu Mengandung" kata tak boleh percaya benda-benda tu semua. Tapi yang syoknya, mak mak sedara saya masih percaya dengan benda ni. Jadi kalau balik kampung, nak makan apa saja, semua boleh. Syok. Bahagia rasa. Mak pun kata makan je apa yang teringin nak makan. Nanti dalam pantang tak boleh makan dah.
Walaupun seronok dengan kata-kata mak tu, tapi saya masih berpada-pada la bab makan ni. Takut over pulak. Terutama sejak naik berat badan lepas raya hari tu. Lepas raya, saya selalu sangat makan chocolate. Tiap-tiap hari abis satu bar. Kadang-kadang chocolate bar yang kecil harga RM2.40 tu, kadang-kadang yang besar harga RM4.20. Selalu makan tak nak kongsi dengan Amir. Nak makan sorang-sorang jer. Berhenti kejap lepas dengar ceramah dari dietitian, tapi tak tahan nak makan jugak chocolate, sambung balik makan, sekarang dah seminggu berhenti makan sebab berat naik mendadak lagi.
Ni kategori mengidam ke mengada-ngada?
Tapi untuk masa sekarang ada juga makanan-makanan yang saya terigin nak makan. Selalu sebut-sebut kat Amir tapi tak tertunai lagi. Kalau abg baca ni kan abg, sayang nak makan udang galah dan pelam manis. Hehe. Dua ni je. Ada lagi 3 bulan sebelum bersalin. Harap abg boleh tunaikan.
Kalau tak malam ni sayang nak mengigau "Nak udang galah! Nak pelam! Nak udang galah! Nak pelam!". Mesti abg takut kan. Sayang declare ni sebagai MENGIDAM. Hehehe. Boleh la abg tengok gambar-gambar ni, kot-kot la abg lupa ka..saja buat tak tahu macam mana rupa udang galah dengan pelam tu ka. Angkat kening sebelah, dan senyum *
Teringat kesedapan makan udang galah yang baru ditangkan pak lang masa ziarah rumah dia dulu. Fresh. Sedapnya tak terkata. Mak lang goreng dan buat gulai udang. Oh terseksanya jiwa bila teringat.
Yang ni pun tak sanggup nak google lama-lama. Tak tenang jiwa.
Tengok ni abg, baby tendang-tendang perut mommy. Baby pun makan udang galah dengan pelam kan..kan baby sayang kan (Guna modal baby pun nak makan juga untuk mendapat simpati suami *) Selalunya berjaya. Hehehe
No comments:
Post a Comment