Thursday, 27 October 2011

Week 29

My dear baby.

Hari ni baby mama dah 29.2 weeks dalam perut mama.  Mama timbang berat mama tadi dah 59 kg. Maknanya mama dah naik 10 kg sejak mengandungkan kamu. Tapi mama tak kisah. Mama lagi suka. Mama harap kamu cukup nutrien untuk perkembangan kamu.

Tapi mama makan kek semalam. Ada gula dalam urine bila mommy check tadi. Doktor suruh mama buat MGGT lagi sekali. Tapi tak apa lah demi kamu mama buat lagi sekali. Mama janji tak nak makan manis-manis lagi.

Hari Isnin lepas mama jumpa Dr Teh Mi Lii lagi sekali. Mama dengan papa risau bila doktor kat klinik kerajaan kata uri kamu ada kat bawah. Tak senang mama dibuatnya. Mama baca banyak mengenai uri di bawah selepas doktor syak macam itu. Ramai kata bahaya sebab boleh jadi pendarahan. Membahayakan nyawa kamu dan juga nyawa mama. Mama berdoa agar semuanya selamat.

Papa pun selalu cakap dengan kamu, minta tolong kamu naikkan uri kamu. Mama tak tahu lar kamu dengar ke tak. Mama harap kamu dengar. Kamu anak yang baik kan.

Kemudian bila Dr  The Mi Lii cakap uri kamu okay. Tak bawah sangat. Lega hati mama bila mama dengar macam tu. Tapi still bulan depan kena check lagi sekali. Harap uri tu tak akan turun dan sentiasa berada di tempat yang sepatutnya. Insyaallah mama akan rajin jumpa doktor untuk periksa keadaan kamu dan mama.

Doktor ada scan dan tunjukkan video kamu tengah tidur atas uri kamu. Papa cakap kamu comel sangat. Anak mama mestilah comel kan. First time mama tengok muka kamu. Dalam hati mama rasa gembira sangat. Comel. Masa ini berat kamu 1.1 kg. Berat normal untuk 29 minggu.

Mama tak sabar nak peluk baby mama. Nak susukan kamu. Nak belai kamu. Mama doakan baby mama ni sihat dalam perut mama. Jadi anak soleh atau pun solehah. Hormat ibu bapa. Berakhlak mulia. Itu doa mama setiap kali selepas mama sembahyang.

Mulai esok nurse dah suruh mama kita pergerakan kamu. Dari pukul 9 pagi sampai 8 malam. Sepanjang tempoh tu, kamu mesti bergerak 10 kali. Kalau tak, mama kena cepat-cepat pergi hospital.

2 minggu lagi mama tengok video kamu lagi ye. Ini mama attach video kamu masa 29 minggu.





Lena kamu tidur dalam video ni. Mama ingat sebelum masuk jumpa doktor, kamu asyik tendang perut mama je. Mama perasan kamu buka mulut kamu sikit dalam video ni. Comel.

Okay lah sayang, mama dan papa sentiasa sayang pada kamu, buah hati mama dan papa.

The day I turn 25

 
Dah 3 hari sejak berumur 25 tahun ni. Baik tulis entry ni sebelum terlupa atau terpadam terus dari memori. Tahun lepas punya memori pun hampir terpadam. Tak pun bercampur-campur dengan memori lain.

Alhamdulillah syukur, saya masih lagi dikurniakan nyawa sampai ke hari ni. Syukran Allah atas nikmat tak terhingga ni. Umur 25 tahun, dah bermacam-macam nikmat yang Allah bagi. Dikurniakan suami yang paling penyayang. Keluarga yang bahagia. Kerja yang elok. Kesihatan yang baik. Rezeki untuk mengandung cinta hati kami yang masih dalam perut. Dan macam-macam lagi nikmat yang tak terkira.

2 tahun lepas, baru mula kerja, tiba-tiba ada orang ajak kahwin, hantar rombongan merisik. Hehe terus busy dengan persiapan tunang. Busy-busy pun sempat pergi Bukit Tambun.Kemudian tahun lepas, sibuk pulak dengan persiapan kahwin. Stress sampai terlupa terus hari jadi sendiri. Tapi tunang buat surprise kat Kenny Rogers. Yang paling saya ingat sampai bila-bila.

Malam hari jadi. Kat Kenny Rogers. Lepas ambil order, tiba-tiba Amir kata dia nak pergi toilet rasanya ke pergi mana ntah saya dah lupa. Saya pun ambil surat khabar, leka baca surat khabar. Then Amir balik ke meja makan. Tiba-tiba saya dengar staff-staff Kenny Rogers nyanyi lagu Happy Birthday. Saya pun pandang sekejap kat dorang. Pastu sambung baca surat khabar. Buat dek. Ingat dorang nyanyi untuk customer mana. Tiba-tiba ada sorang staff hulur sejambak bunga Ros kat saya. Dia kata "Happy Birthday, Cik". Haaa saya terus pandang muka Amir. Dia senyum jer. Rupa-rupanya lagu tu ditujukan untuk saya.

Saya boleh pulak buat tak tahu masa dorang nyanyi. Sweet gila rasa. First time. Very. Very Happy masa itu. Rasa dihargai. Rasa istimewa. Rasa.. Macam-macam rasa. Balik rumah senyum sampai ke telinga. Hehe.

Eh. Ni apa pasal cerita pasal tahun-tahun lepas punya cerita nie. Tahun ni punya cerita.

Seminggu sebelum birthday saya, eh tak. Masuk je bulan 10, saya dah remind Amir pasal birthday saya.  2-3 hari sebelum birthday pun sibuk kata Isnin ni birthday sayang. Amir pun reply bukan hari Rabu ke. Saja nak kenakan bini. Hari Rabu hari Deepavali.

Tepat jam 12.00 malam 24 Oktober 2011. Jeng jeng. Tengok nightline. Counting nightline kan biasanya ikut saat kan. Lagi berapa saat pukul 12.00 malam. Jeling-jeling kat Amir sambil minum susu. Ni dah lebih 1 minit ni. Dalam hati sedih. Lupa ke birthday kita. Tiba-tiba dia keluar rumah.  Masuk semula dalam rumah. Happy birthday sayang!!. Ada hadiah dan kad ucapan. Yay ingat pun. Hadiah apa? Rahsia. Yang penting saya sukaa. Terima kasih abg.

Esoknya, malam lepas balik kerja pergi makan malam dekat Teluk Tempoyak. Dapat juga makan udang. Tapi bukan udang galah. Tak tahu udang apa. Udang galah tak ada. Tak apa lah. Asalkan udang kan. Terima kasih lagi abg.

Itulah hari jadi saya yang ke-25. Haha macam karangan UPSR.




 
 Udang Goreng seekor Rm6.


  Ikan Siakap Tiga Rasa.


Kerabu Pelam 

Tom Yam Campur.  



Restoran di Teluk Tempoyak

Kekasih berkulit cerah.


 28.6 minggu. Perut bulat macam ada bola bawah baju.

Terima kasih my dear.

Hmm.

Terima kasih mak sebab mengandungkan, lahirkan dan jaga along dari kecil dari sampai besar. Terima kasih abah sebab jaga along dari kecil sampai besar. Bila dah mengandung, terasa kesusahan mak masa mengandung. Belum terasa lagi part sakit melahirkan anak. Jaga anak pun belum lalui lagi. Sebak rasa.

Kita ingat bila dah bagi duit pada ibu bapa, hormat mereka, jaga mereka. Itu dah cukup. Sebenarnya semua tu sikit pun tak boleh lawan kepayahan mereka, kesakitan mereka, kesusahan mereka membesarkan kita. Semua tu tak dapat kita balas walaupun banyak yang kita beri pada mereka. Hanya Allah yang boleh balas semua tu. Bila kecil orang selalu bilang balaslah jasa ibu bapa  bila mereka dah tua. Selalu angguk,  kata faham. Tapi tak rasa. Sekarang baru rasa. Naluri seorang ibu mungkin.

Rindu nak balik rumah. Rindu pada mak dan abah. Sayang mak dengan abah.




Aaa. Sayang abg juga :)

Friday, 21 October 2011

Bi-Weekly Blood Pressure (BP) visit

Kali ni nak share pula pasal Bi-Weekly Blood Pressure visit. Saya mula-mula kena datang Bi-Weekly BP  ni masa bulan August, lepas naik berat badan mendadak. Bila nurse kata kena datang untuk Bi-Weekly  BP seminggu 2x, angguk saja. Faham.

Tapi 3 minggu lepas nurse cakap suruh datang, baru teringat nak datang. Lama tak pergi klinik sampai lupa, seminggu 2x ke 2 minggu sekali. Tanya semula pada nurse untuk confirmation. Sebab pelik juga. Baru 5 bulan, kerapnya kena pergi klinik.

Rupanya nak check BP je. Tapi setiap kali pergi, kena buat urine test untuk check albumin, gula dalam darah. Check berat badan. Check BP. Kemudian jumpa nurse, check jantung baby, check ukuran perut, check kaki ada bengkak ke tak. Kemudian dengar advice daripada nurse. Tanya kita ada masalah apa-apa tak.

Macam banyak je kan benda kena buat. Last sekali jumpa doctor. Tak tahu apa beza dengan monthly check up. Rasa macam sama je. Rasanya beza dengan monthly check, dia cucuk kat jari tengah, ambil darah untuk check Hemoglobin (Hb). Sekali je tak jumpa doctor, Jumaat lepas. Yang lain semua jumpa doctor untuk scan baby.

Selalunya ambil masa paling cepat siap sejam. Paling lama siap 3 jam.

Dan selalunya Amir tak tunggu. Hantar dan ambil jer. Kemudian dia pergi semula office.  Sekali je pernah drive sendiri. Kalau tak memang dia tak bagi. Kebetulan dia ada meeting masa tu. Jadi ambil kunci kereta, pergi sendiri. Tengok ibu-ibu mengandung yang lain slumber jer drive sendiri dengan perut besar. Saya? Cik abg tak bagi. Ada driver khas. Hehehe.

Tapi hari ni masa check dengan doctor, doctor ada beritahu kemungkinan uri kat bawah. Low lying placenta. Kiranya ni Placenta Praevia tahap 1. Maknyanya uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim. Tapi doctor tak pasti lagi. Dia suruh jumpa doktor pakar dekat Hospital Bersalin. Baru sekejap tadi, nurse call kata appointment dengan doktor pakar dah ditetapkan. 18 Nov ni jam 8.00 pagi.

Malam ni kami ada antenatal class. Minggu pertama, makan bihun goreng. Last week makan mee goreng. Agak-agak malam ni makan apa ek. Hehe. Teringat makanan pulak. Yelah, sekarang ni dah pukul 5 petang. Lunch tadi pukul 1. Maknanya lebih 4 jam tak makan ni. Lapar..

Lain kali, kita update pula pasal Antenatal Class okeh :)

Oh ini gambar masa pergi Bi-Weekly BP visit tadi.



Peace dari orang yang suka kacau bini dia.

Update: Baru dapat result MGGT tadi. Sebelum minum air gula 4.1, selepas minum air gula 6.1. Alhamdulillah bebas dari kencing manis. Takmo cucuk jari ambil darah pagi, petang dan malam. Seriau.

Thursday, 20 October 2011

Craving during pregnancy

Sewaktu mengandung ni macam-macam pantang larang yang saya baca dan dengar terutama bab makan memakan ni. Awal-awal mengandung, jangan makan nenas, tapai, ikan berbisa macam ikan pari dan macam-macam lagi. Sampaikan masa mula-mula mengandung saya jadi stress, tak tahu nak makan apa. Hari-hari makan sup ayam saja.

Doktor kata kurangkan minum nescafe, kopi dan teh. Sejak mengandung ni memang saya tak sentuh langsung nescafe, kopi dan teh. Kalau teringin sangat nak minum nescafe, cuma rasa seteguk saja. Macam mana tak teringin, hari-hari buatkan nescafe untuk Amir, teringin juga nak minum. Masa awal-awal mengandung, (cuba kira berapa banyak perkataan "Masa awal-awal mengandung") minum juga teh, tapi teh ni menyebabkan badan saya berangin, jadi tinggalkan the buat sementara waktu. 9 bulan itu cuma sementara waktu je?? Terbeliak mata*

Masa mengandung, selain soalan biasa yang ditanya macam "Dah berapa bulan dah", "Bila due", "Dah scan? Laki ke perempuan, mek ke awang?". Soalan cepu mas lain yang biasa orang tanya adalah "Ada mengidam apa-apa tak? ". Haa. Ni memang soalan favourite kan.

As for now. Diulangi as for now... Mengidam tu setakat dimulut je lar. Kalau tak dapat, tak ada lar sampai terguling-guling atas lantai ataupun terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Masa 3 bulan pertama, memang pantang tengok makanan yang best-best kat iklan tv ataupun kat iklan kat tepi jalan. Almaklumlah masa morning sickness, mulut ni tak boleh nak makan semua benda. Sentiasa rasa nak muntah jer. Siang malam.  Hidung jadi sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Bau stoking dari jauh boleh bau. Lalu depan bakul bawang terus muntah. Akhir sekali bakul bawang letak kat luar dapur, nak masak tutup hidung dengan kain. 

Pernah ada satu malam pukul 12, ada iklan McD, terus nak McD. Tapi tak dapat pun. Merajuk sekejap kemudian lama-lama terlupa. Ada satu pagi, on the way ke office, dekat simpang tiga, berhenti depan traffic light, ada papan iklan Coco - Crunch yang sangat besar. Terus nak. Tengah hari baru dapat. Hehe.

Pantang tengok gambar makanan yang best. Nak aje. Tapi belum tentu nak makan bila dah dapat.

Orang tua-tua kata kalau bini mengandung tak dapat apa yang dia mengidam nanti anak keluar air liur meleleh je. Ustazah Nor Bahayah dalam buku dia "Amalan Ibu Mengandung" kata tak boleh percaya benda-benda tu semua. Tapi yang syoknya, mak mak sedara saya masih percaya dengan benda ni. Jadi kalau balik kampung, nak makan apa saja, semua boleh. Syok. Bahagia rasa. Mak pun kata makan je apa yang teringin nak makan. Nanti dalam pantang tak boleh makan dah.

Walaupun seronok dengan kata-kata mak tu, tapi saya masih berpada-pada la bab makan ni. Takut over pulak. Terutama sejak naik berat badan lepas raya hari tu. Lepas raya, saya selalu sangat makan chocolate. Tiap-tiap hari abis satu bar. Kadang-kadang chocolate bar yang kecil harga RM2.40 tu, kadang-kadang yang besar harga RM4.20. Selalu makan tak nak kongsi dengan Amir. Nak makan sorang-sorang jer. Berhenti kejap lepas dengar ceramah dari dietitian, tapi tak tahan nak makan jugak chocolate, sambung balik makan, sekarang dah seminggu berhenti makan sebab berat naik mendadak lagi.

Ni kategori mengidam ke mengada-ngada?

Tapi untuk masa sekarang ada juga makanan-makanan yang saya terigin nak makan. Selalu sebut-sebut kat Amir tapi tak tertunai lagi. Kalau abg baca ni kan abg, sayang nak makan udang galah dan pelam manis. Hehe. Dua ni je. Ada lagi 3 bulan sebelum bersalin. Harap abg boleh tunaikan.

Kalau tak malam ni sayang nak mengigau "Nak udang galah!  Nak pelam!  Nak udang galah! Nak pelam!". Mesti abg takut kan. Sayang declare ni sebagai MENGIDAM. Hehehe. Boleh la abg tengok gambar-gambar ni, kot-kot la abg lupa ka..saja buat tak tahu macam mana rupa udang galah dengan pelam tu ka. Angkat kening sebelah, dan senyum *


Teringat kesedapan makan udang galah yang baru ditangkan pak lang masa ziarah rumah dia dulu.  Fresh. Sedapnya tak terkata. Mak lang goreng dan buat gulai udang. Oh terseksanya jiwa bila teringat.

Yang ni pun tak sanggup nak google lama-lama. Tak tenang jiwa.

Tengok ni abg, baby tendang-tendang perut mommy. Baby pun makan udang galah dengan pelam kan..kan baby sayang kan (Guna modal baby pun nak makan juga untuk mendapat simpati suami *) Selalunya berjaya. Hehehe

Tuesday, 18 October 2011

Week 28


Welcome to last trimester and bye bye 2nd trimester. Hari ni sudah masuk 7 bulan. Berat 57.8kg, BP 100/70. Perut bulat. Nurse kata kecil je compare orang lain. Tak muncit. Makan banyak. Tidur boleh la lena sikit-sikit sebab asyik melawat toilet.

Hari ni juga kena buat ujian MGGT (minum air gula) sekali lagi. Alhamdulillah syukur, sekali jer buat, tak muntah macam yang lepas-lepas. Kena minum air gula sebab berat badan bertambah 0.7 kg dalam masa 3 hari minggu lepas. Harap-harap tak ada kencing manis. Risau *

Baby pun bergerak aktif masa nurse check jantung baby. Nurse kata baby Nabilah sentiasa aktif macam mak dia. Hehe aktif ke mommy ni. Tapi memang baby suka pusing-pusing sekarang. Boleh terasa kalau badan dia berpusing. Macam ombak. Masa makan bubur kacang tadi pun terasa baby dok mengeletek perut mommy. Geli  tau baby..Nak juga makan bubur kacang ek. Favourite mommy.

Hari ni nurse advice dah boleh buat persiapan baby. Kalau nak bersalin kat Hospital Besar, kena sediakan  satu beg baby dan beg mommy.

Beg baby kena ada:

    1. Napkin                1
    2. Pampers             1
    3. Baju                      1
    4. Selimut  baby   1

Beg baby ni kena bagi pada nurse masa kat labour room.  Beg kat ward lain pulak katanya.

Beg mommy pulak kena ada:

    1. Baju yang ada butang di depan
    2. Kain batik
    3. Pad
    4. Toiletries

Yang ni je la nurse pesan. Yang lain tu pandai-pandai sendiri ye.Nanti bila dah dekat dengan tarikh due, buat list baru pulak. Ni barang yang memang penting sangat-sangat.

Okay lah, papa dah ajak pergi jalan-jalan kat Queensbay Mall. Tebus balik masa dia sebab dah berhari-hari asyik kerja jer...

Sunday, 16 October 2011

Persediaan barang bayi dan mommy

Semalam ada dua kenduri yang sangat best, satu di Sungai Petani dan satu lagi dekat Sg Dua. Dua-dua kawan Amir. Makanan sangat sedap, decoration pun sangat lawa. Lepas balik makan kenduri, tak terus balik. Singgah di Jusco EON, Bandar Perda untuk beli barang baby. Habis beratus-ratus juga lar. Sebab papanya yang semangat dan beria tengok barang baby. Hehe.

Tapi banyak lagi barang yang tak beli. Masa shopping tak ada masa nak ambil gambar. Jadi dah sampai rumah baru nak ambil gambar. Lagi pun hari ni Amir ada kerja kat office. Bosan duduk rumah sorang-sorang. Ambil gambar beria. Kumpuul semua barang baby yang dah dibeli. Susun cantik-cantik, ambil gambar. :)


 
Ini semua himpunan barang baby. Baby's bath tub terselindung di belakang

 
 Barang baby from Baby Gears, bought at Mom's Care.

 
 Beli dengan free voucher gift dari Doctor. Thanks Doc!.

 
 Kumpul semua, masukkan dalam Baby's bath tub. Sebab bakul or wardrobe baby tak ada lagi.

 
Ini untuk mommy.

 
The only baju yang bercolor. Papa pilih yang merah. Mommy pilih yang pink.

 
 Sebab yang lain semua putih :)


Okeh. Now mommy nak pergi basuh semua baju baby. Rendam dalam baldi, bilas-bilas then jemur. Bye bye
    

Wednesday, 5 October 2011

Week 26



Sekarang minggu 26, cuma tinggal 14 minggu lagi. Excited nya nak tunggu kelahiran orang baru. Lebih-lebih lagi lepas tengok anak kawan kami yang baru lahir semalam. Comel sangat anak mereka. Sampai termimpi-mimpi. Teringat masa kami tengok baby tu, nurse baru bawa keluar dari bilik bedah untuk pergi ke NICU. Masa tu baby tu pejam mata lagi, bila kami dok dekat sikit, dia pun buka mata dia. Buka. Tutup. Buka. Tutup. Pandang kat arah kami. Mesti dia tahu ayah dia ada kat situ. Comel. Geram tengok. Bila ibu dia dah keluar dari hospital nanti,  boleh la pi tengok lagi bawak hadiah.

Anyway anak kami pula, alhamdulillah tadi scan, doktor kata sihat. Tak ada masalah. Saya blood pressure rendah sikit 98/68. Tapi nurse kata normal lagi. Sekarang ni kena pergi klinik seminggu 2x. Sepatutnya dari 3 minggu lepas kena pergi klinik seminggu 2x. Minggu lepas baru tersedar. Minggu depan dah ada monthly check up.

Sembang-sembang dengan kawan kami semalam, ada la tips-tips yang berguna yang kami ehem tak sempat khatam lagi. Contohnya pasal uri. Kat mana nak tanam, tanam pakai apa, kalau dah malam nak simpan kat mana. Semua tu kena fikir siap-siap. Nanti kelam kabut pulak.

Kemudian, bab azan iqamat ni. Bapa atau wali kenalah azankan anak lelaki di telinga kanan, anak perempuan pula iqamat di telinga kanan dia.

Lagi saya kena baca lebih juga mengenai caesarean. Kita rancang untuk bersalin normal, tapi tak tahu pelbagai kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir. Jadi perlulah siap kan diri.

Oh ya. Dah jumpa artikel mengenai air selusuh.  Selalu dengar pasal air selusuh untuk ibu yang nak bersalin ni. Tertanya-tanya juga air selusuh tu nak buat macam mana kan.

Air selusuh paling baik daripada air zam zam. Kalau tak ada boleh guna air suling, air hujan malam jumaat atau pun air hujan biasa. Kalau tak dapat juga air-air tersebut boleh la juga guna air yang dah dimasak.

Doa-doa yang perlu dibaca untuk buat air selusuh ni.

Al-Fatihah

 
Ayat 21 surah Al-Hasyr.


21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir

Ayat 22 surah Al-Hasyr.


22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ayat 23 surah Al-Hasyr.


23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.



Ayat 24 surah Al-Hasyr.


24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



Selawat Syifa

 
Doa selusuh 

 
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.

Doa pemudah


" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".





Air diminum seminggu dari tarikh jangka kelahiran dan sapu air selusuh itu di perut ibu dari atas ke bawah dengan membaca selawat 7x.

Harap-harap Amir boleh tolong buatkan air selusuh ni. Mudah-mudahan senang nak bersalin nanti. Amin.