Monday, 17 February 2014

At the age of 2 Years Old

Salam. Hi.

Apa khabar? Harap semuanya baik-baik saja. Saya cuba mulakan ayat dengan sesuatu yang positif walaupun dalam fikiran ini ingin memulakan ayat cliche "seperti biasa saya sangat busy". Jadi saya tukarkan ayat itu kepada sesuatu yang mungkin lebih "fresh". 

Memang tak dinafikan kerjaya saya menyebabkan saya kekangan masa. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Itu lah rutin seharian saya. Hampir setiap hari berlanjutan hingga ke malam. Kadang-kadang hujung minggu terpaksa menyelesaikan kerja yang tak sudah. Tapi kerja tak pernah habis. Selesai satu task, datang task yang lain. Kadang-kadang belum habis task, sudah diberikan task lain. Lumrah orang makan gaji. 

Jadi saya ambil inisiatif untuk menulis di sini supaya saya tak lupa kenangan-kenangan bermakna dalam hidup saya. Terutama kenangan bersama dua orang kekasih hati saya.
Lebih-lebih lagi sekarang permata hati saya, Aleesya sudah pandai berbicara. Walaupun ada bait-bait perkataan yang tak mampu saya faham namun saya hampir mampu meneka apa yang disebutnya. Aleesya juga sekarang suka bertanya "Apa itu mama?" pada benda-benda di hadapan matanya. Walaupun dia tahu jawapannya. Kadang-kadang kalau saya berikan jawapan yang berbeza dia akan memberitahu saya apa yang dia tahu. Contohnya bunga. Saya sebut itu rose. Dia akan jawab bunga. 

Saya juga perhatikan Aleesya kurang suka membaca ABC atau 123 atau Alif Ba Ta. Tetapi dia lebih berminat kepada objek. Sampai sekarang apabila saya suruh dia mengira. Dia akan kira 1,3,6,7,8...Hilang sudah nombor 2, 4 dan 5. Tapi saya tak memaksa kerana saya tahu perkembangan kanak-kanak adalah berbeza. Mungkin kelebihan Aleesya adalah dia lebih mengenal objek daripada huruf pada usia dia sekarang. 

Aleesya juga seorang yang ceria dan peramah. Dia suka menyanyi tak kira apa jua perkara yang di buat. Dia akan menyanyi ketika mandi, makan, bermain berseorangan. Mulutnya tak pernah diam. Suka berceloteh. Dia juga suka berkawan. Semasa kami jalan-jalan di shopping mall atau makan di kedai makan, dia suka menegur orang. Tak kira yang sebaya atau yang lebih tua darinya. 

Suatu perkara yang melucukan mengenai Aleesya. Dia takut lalat. Menjerit-jerit ketakutan bila ada seekor lalat hinggap di kerusi tempat dia duduk masa kami makan di luar semalam. Lagilah abahnya kuat mengusik. Dia tak takutkan kucing tapi takut lalat..

Melihat dia membesar di hadapan mata saya sering membuat saya senyum di dalam hati. Letih dengan kerja pejabat. Tetapi melihatkan keletehnya membuat saya bahagia. 





No comments: