Thursday, 28 June 2012

My two cents

Masa saya kecil,  saya masih ingat lagi, abah jarang bawa balik kerja dia pulang ke rumah. Boleh di bilang dengan jari, berapa kali dia bawa balik landscape blue print dia. Itu pun masa saya masih di sekolah rendah. Abah akan suruh kami adik beradik tolong color untuk dia. Kami semua suka mewarna. Tapi dengan syarat kena warna cantik-cantik. Sebagai balasan abah akan bagi RM3 untuk satu blueprint. Sukanya kami dapat mewarna.


Selain tu abah tak pernah bawa balik kerja dia.


Abah akan balik ke rumah pukul 6 petang. Pukul 6 mesti dia dah ada kat rumah. Bila azan maghrib berkumandang, abah akan segera ke masjid untuk berjemaah di sana. Balik sahaja dari masjid, abah akan mengajar kami adik beradik baca Al-Quran. Kadang-kadang kami dengar abah tazkirah, cerita pasal nabi-nabi, cerita pasal akhirat dan macam-macam lagi. Abah sangat jarang tengok tv. Tapi dia suka tengok cerita Jackie Chan dan Berita Dunia Jam 10. Setiap hari Khamis pulak ada rancangan Hal Ehwal Islam.


Abah adalah orang pertama sekali bangun pagi, pukul 5 pagi dah dengar abah mandi. Sebelum abah pergi masjid untuk solat Subuh, dia akan kejut kami semua. Kalau hari bekerja, abah akan balik semula ke rumah lepas dah berjemaah, tapi kalau hari ahad biasanya abah balik lewat sedikit, dalam pukul 8 untuk dengar tazkirah pagi.


Soalan favorite abah adalah "Dah solat ke belum?", kalau kami keluar rumah, jalan-jalan dengan kawan-kawan dia akan telefon, tanya ada kat mana. Nak solat nanti dekat mana?. Itu soalan wajib abah. Sampaikan saya dah berkahwin dan punya anak, abah masih tanya soalan ini.


Masa kecil, kalau lambat solat, musti rotan dah hinggap kat tapak kaki.


Saya boleh katakan abah adalah seorang yang sangat amanah. Mak saya cerita, dia nak pinjam pen office abah untuk tulis sesuatu pun abah tak bagi, abah kata itu adalah hak kerajaan. Macam cerita Khalifah Umar pulak kan. Pernah handphone abah habis bateri, dia telefon mak guna public phone, walaupun dekat office dia ada telefon. Hehe.


Walaupun saya bukanlah seorang yang alim, tapi saya bersyukur punyai abah seperti abah yang telah mendidik saya. Walaupun saya banyak melakukan kesalahan, sekurang-kurangnya didikan abah boleh membawa saya pulang ke pangkal jalan bila saya mengingatkan kembali pesanan abah.


Saya berharap saya mampu jadi seperti abah, saya berusaha untuk tidak membawa pulang kerja-kerja office balik ke rumah. Saya cuba untuk meluangkan masa bersama suami dan anak tersayang. Saya mahu mengajar  anak-anak saya mengenai Islam, mengajarnya Al-Quran, sirah-sirah nabi. Mahu solat berjemaah dengannya. Melihat dia mencium tangan saya setiap kali selepas solat berjemaah.


Hidup ini bukan hanya untuk dunia, cukupkah persediaan saya untuk akhirat. Saya mahu anak saya dididik dengan Islam. Sebagai persiapan untuk dia menghadapi dunia ini. Dan juga bekalan untuk akhiratnya.


Hidup ini bukan hanya kerja. Kerja itu adalah satu ibadah. Insyaallah saya mahu berniat bekerja kerana Allah.


Dan juga saya mahu jadi role model kepada anak-anak saya. Anak-anak tidak akan mendengar cakap kita, tapi dia akan melihat setiap perbuatan kita. Kita adalah role model kepada mereka. Saya harap saya tidak akan menunjukkan contoh yang tidak baik pada dia.


Dahulu kalau saya minum air, saya selamba sahaja minum berdiri, tapi sejak punyai anak, bila saya mahu minum air berdiri, saya terpandang anak yang sedang melihat saya, saya bertanya pada diri sendiri, bagaimana kalau dia melihat perbuatan saya ni, pasti dia akan menirunya suatu hari nanti. Saya batalkan niat saya, dan terus duduk untuk minum.


Walaupun dia masih kecil dan tak mengerti apa-apa, dan saya tak mula menunjukkan contoh yang baik pada dia, saya takut saya akan menyesal apabila sudah terlambat dengan beranggapan "tak apa dia masih kecil dan tak tahu apa-apa".


Menjadi ibu bapa bukan la sekadar menukar lampin, memberi susu, mendodoikan apabila dia mahu tidur, membeli pakaian dan keperluan zahirnya, tapi yang amat mustahak sekali adalah memberi keperluan rohaninya. Mendidik jiwanya dengan agama Islam.


Abah dan emak adalah role model saya.


Teringat lagu masa kecil-kecil dulu.


Satu-satu saya sayang Allah,
Dua-dua sayang Rasulullah,
Tiga-tiga sayang Ibu bapa,
Satu, dua, tiga, sayang semuanya..







Saturday, 23 June 2012

Babies day out

5 months old babies:

Shopping at Jusco Bandar Perda with kak Faqehah.




Thursday, 21 June 2012

Headband crochet by mama


More headband please, mama! Aleesya loves wearing this. 



Pertama kali demam

Aleesya dah baik dari demam. Tapi masih lagi batuk dan selsema. Kesian mama tengok. Hidung Aleesya macam tersumbat. Tiap kali nak minum susu mesti ambil nafas. Rasanya dia bernafas ikut mulut. Mama dah bawak Aleesya jumpa doktor, doktor cuma bagi ubat (hehe takkan expect doktor nak bagi MC pulak). Dah seminggu Aleesya tak sihat.

Masa pergi klinik, nurse asyik cakap mama salah collect baby kat hospital masa Aleesya lahir, sebabnya Aleesya putih melepak. Amboi-amboi nurse ni, mentang-mentang lar mama tak seputih Aleesya, dia kata Aleesya bukan anak mama pulak. Hehe. Bagi papa pegang lar sebab muka Aleesya kan macam muka papa (merajuk). 2-3 kali asyik ulang benda sama je nurse ni, tau la tak sama. Isk2. Anak perempuan ikut muka papa, sejuk perut masa mengandung. 

Orang tua-tua la kata. Tak tau la sejuk macam mana. Tak ada rasa sejuk pun perut. Sama je. Hehe.

Malam-malam Aleesya batuk kuat, lepas batuk mesti muka macam nak menangis jer. Mesti rasa sakit bila batuk tu. Alahai macam mana nak buat yer. Mama tolong urut-urut kan dada Aleesya je lepas batuk tu. Aleesy tak ada masalah makan ubat. Papa suapkan, mama tolong pegangkan kepala Aleesya, sebab suka sangat geleng-geleng kepala sampai terkeluar ubat dari mulut.

Sejak Aleesya demam no more "Aleesya jangan makan tilam", "Aleesya jangan tarik wayar pump ni", "Aleesya! don't do that". No more kayuhan basikal dia. Gelak-gelak pun kalau papa agah je. Dengan mama buat muka sedih nak manja-manja.

Cepat-cepat sembuh ye sayang mama. Luv u sayang. Mmuah.




Gambar Aleesya buat buat kayuhan basikal masa 4 bulan 2 minggu.

Monday, 18 June 2012

Aleesya is 5 months old

Rasa macam baru je tulis pasal Aleesya 4 bulan. Tup tup dah seminggu Aleesya 5 bulan. Cepatnya masa berlalu dan sibuknya tiap-tiap hari sampai tak terasa masa berlalu begitu pantas. 


Berat Aleesya 5.5 kg bulan ni. Naik 200g dari bulan lepas. Mama agak frust tengok berat Aleesya cuma naik sikit je. Tapi nurse kata jangan bimbang. Memang normal baby macam tu. Bulan depan Aleesya 6 bulan. Mama boleh la bagi Aleesya makan. Harap-harap mama jadi orang pertama bagi Aleesya makan. Bukan orang lain. Hehe. Mama nak bagi Aleesya bam bam.


Jumaat lepas Aleesya kena cucuk lagi, Aleesya memang kuat semangat. Tak menangis langsung masa cucuk. Cuma kerut muka je tahan sakit. Kuat sungguh anak mama ni.Tapi keesokkan paginya, hari Sabtu, Aleesya demam. Pertama kali Aleesya demam. Suhu badan Aleesya naik jadi 37.0 darjah Celcius (malas mama nak cari simbol bulat kecik sebelum C hehe). Kesian tengok anak mama demam. Tapi demam pun masih boleh tersenyum, gelak-gelak macam tak demam. Tapi Aleesya macam tak bermaya sikit. Selalu kalau berdirikan dia mesti dia akan berdiri sendiri. Tapi hari tu kalau berdirikan dia, nak duduk jer. Pertama kali demam, manjanyer lain macam sikit. Nak dengan mama je. Mama pun layankan je lar. Riba je lar sepanjang hari. Tak sampai hati tengok Aleesya nangis-nangis.


Hari Ahad, suhu badan Aleesya dah kembali normal. Tapi semalam, balik dari rumah baby sitter badan Aleesya panas sikit. Baby sitter kata Aleesya menangis je sepanjang hari. Ala kesiannya. Mesti dia nak mama masa dia tak sihat. Padanla semalam mama rasa rindu sangat kat Aleesya. Balik semalam pon tak lepas dari mama. 


Tiap kali lepas solat, mama doakan Aleesya cepat sembuh dan sihat selalu. Aminn..


Ok lar cukup pasal hal Aleesya demam. Progress Aleesya. 


1. Tak nak meniarap. Ini kira progress ke? Hehe. Si kecik ni memang tak nak meniarap walaupun dah pandai golek-golek. Kalau tergolek samaada golek semula seperti asal atau pon menangis minta bantuan. Kalau tertiarap, musti naikkan punggung. Orang lain naikkan kepala, dia naikkan punggung. Ramai kata dia ni akan terus berjalan atau merangkap. Tak kisah la apa-apa pun, setiap baby ni perkembangannya berbeza antara satu sama lain.


2. Dah masukkan kaki dalam mulut. Orang kata ini nak dapat adik. Hmm mama belum sembuh lagi dari Cser. Harap sabar ye Aleesya. 


3. Dah kenal mama dan papa. Kalau orang lain ambil mesti menangis. Bila mama dan papa angkat dia balik boleh gelak-gelak balik kat orang yang angkat dia tu. Semua orang pun geram. Hehe.


4. Dah boleh pegang barang pakai dua-dua tangan. Barang yang ringan-ringan je. Yang berat sentuh je boleh. 


Progress mama:


Rambut gugur sangat teruk :( Kalau sikat rambut bersepah-sepah rambut luruh. Kalau lurut rambut, segenggam dapat. Orang tua kata kalau anak dah mula main air liur rambut akan luruh..hehe. Jenuh nak sapu rumah dengan rambut merata-rata. Mungkin mama kena potong rambut nih.