Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


 


Welcome 2012. Good Bye 2011.

Selamat Hari Lahir Buat Abah & Abah Mertua. Impian saya nak lahirkan baby pada hari ni tak kesampaian. Sampai saat sekarang tak ada tanda - tanda nak bersalin. Kawan baik saya yang due nya 15.11.2012 dah pun masuk hospital pagi tadi. Mungkin hari ni dia akan bersalin. Moga Intan selamat bersalin. Tak ada rezeki nampaknya untuk cucu sama tarikh lahir dengan datuk-datuk dia. Kenalah tunggu sampai due date dia 11.01.2012. Tapi sekurang-kurangnya saya lega sebab dia akan lahir tahun 2012.

Namun syukur juga hari ni tak bersalin lagi sebab kami berdua boleh buat photoshoot. Haha impian nak shooting masa pregnant tercapai juga. Thank Mr Hubby. Ingatkan impian dah terkubur. Asyik tertangguh sebelum ni. Tiba-tiba bangun pagi semalam Amir kata kita buat photoshoot esok ya!. Seronoknya. Sampai tidur semalam asyik terbayang nak photoshoot. Haha. Macam tak pernah ambil gambar pulak.

Sempat jugak lar google semalam tengok macam mana orang buat photoshoot untuk maternity. Tapi tak banyak preparation yang boleh buat. Sebab kesuntukan masa. Nak cari barang pun tak larat dah. Last-last angkut aje lar apa yang ada kat rumah. Macam baju-baju baby, kasut, mitten, booties, benang kait, bunga-bunga tisu. Baju pregnant pun pakai yang sedia ada. Nak beli baru? Pikir banyak kali jugak. Sebab tinggal beberapa hari jer sebelum deliver baby. Sayang pulak kalau beli baru. Nak pakai untuk anak kedua lambat lagi kot..Hehe.

Photoshoot hari ni memang best. Photographer nih bijak bagi instruction nak pose macam mana. Terutama saya yang memang tak reti nak pose-pose ni. Tengok lah gambar kat atas tu. Cantik kan? Harap-harap gambar-gambar yang diambil tu cantik-cantik belaka.

Macam biasa kalau tahun baru mesti ada resolution kan? Tahun ni resolution saya adalah wajib jadi isteri solehah buat suami tersayang dan ibu terbaik untuk anak saya. Itu memang wajib lah kan. 
Aminn.

Setakat ni tu aje lar resolusi yang terfikir buat masa sekarang. Sekarang ni Cik Abg nak makan kepok lekor. Sebagai isteri solehah kena lah masak. Haha. Bye-bye.




No comments: