Sunday, 29 January 2012

Introducing Wan Aleesya Khairina

My fav photo,taken by Che Yaya.
Fresh from oven.

Wan Aleesya Khairina Binti Wan Mohd Amir Haris
2.75 KG
16 Jan 2012
Pearl Maternity Hospital, Sg Ara, Penang

Thursday, 5 January 2012

Week 39




Minggu ke-39

Ini lah gambar 3D anak mama masa 39 minggu dalam perut mama. Muka dia dah nampak jelas. Pipi tembam. Berat 2.6-2.7 Kg. Kecik je. Tapi tak tahu lah kalau minggu depan bertambah lagi berat dia.

Berat mama pulak dah mencecah 67 Kg sekarang. Mama dah naik 18 Kg. Berat dan bulat. 

Tinggal beberapa hari je nak lahirkan si kecil ni. Cuak dan berdebar-debar. Larat ke nak teran nak lahirkan dia. Ada tenaga ke? Macam-macam dah bermain-main kat fikiran ni. Harap semuanya selamat. 

Sekarang ni tinggal berseorangan di rumah. Tak tahu nak buat apa. Nak buat kerja rumah banyak-banyak pun tak larat. Jadi saya aim sehari kemas satu bahagian rumah. Macam semalam mop lantai dapur. Hari ni kemas ruang tamu. Esoknya cuci toilet. Lusa pula kemas bilik tidur. Macam itu lah untuk mengisi masa lapang.

Kemudian setiap kali lepas solat baca 20 ayat dari 2 surah. Jadi sehari boleh lar selesai 2 surah. Boring juga jadi suri rumah sepenuh masa ni. Dah terbiasa kerja hari-hari. Duduk rumah sorang-sorang tak tahu nak buat apa. Kalau ada baby mungkin lain ceritanya kan.

Tapi tak pe minggu depan insyaallah si kecil ni ada. Mak, abah, adik-adik, mak mertua, ayah mertua semua ada. Meriah la rumah. Mesti mak-pak sedara pun nak datang tengok baby.

Yeay rumah tak sunyi lagi :)

Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


 


Welcome 2012. Good Bye 2011.

Selamat Hari Lahir Buat Abah & Abah Mertua. Impian saya nak lahirkan baby pada hari ni tak kesampaian. Sampai saat sekarang tak ada tanda - tanda nak bersalin. Kawan baik saya yang due nya 15.11.2012 dah pun masuk hospital pagi tadi. Mungkin hari ni dia akan bersalin. Moga Intan selamat bersalin. Tak ada rezeki nampaknya untuk cucu sama tarikh lahir dengan datuk-datuk dia. Kenalah tunggu sampai due date dia 11.01.2012. Tapi sekurang-kurangnya saya lega sebab dia akan lahir tahun 2012.

Namun syukur juga hari ni tak bersalin lagi sebab kami berdua boleh buat photoshoot. Haha impian nak shooting masa pregnant tercapai juga. Thank Mr Hubby. Ingatkan impian dah terkubur. Asyik tertangguh sebelum ni. Tiba-tiba bangun pagi semalam Amir kata kita buat photoshoot esok ya!. Seronoknya. Sampai tidur semalam asyik terbayang nak photoshoot. Haha. Macam tak pernah ambil gambar pulak.

Sempat jugak lar google semalam tengok macam mana orang buat photoshoot untuk maternity. Tapi tak banyak preparation yang boleh buat. Sebab kesuntukan masa. Nak cari barang pun tak larat dah. Last-last angkut aje lar apa yang ada kat rumah. Macam baju-baju baby, kasut, mitten, booties, benang kait, bunga-bunga tisu. Baju pregnant pun pakai yang sedia ada. Nak beli baru? Pikir banyak kali jugak. Sebab tinggal beberapa hari jer sebelum deliver baby. Sayang pulak kalau beli baru. Nak pakai untuk anak kedua lambat lagi kot..Hehe.

Photoshoot hari ni memang best. Photographer nih bijak bagi instruction nak pose macam mana. Terutama saya yang memang tak reti nak pose-pose ni. Tengok lah gambar kat atas tu. Cantik kan? Harap-harap gambar-gambar yang diambil tu cantik-cantik belaka.

Macam biasa kalau tahun baru mesti ada resolution kan? Tahun ni resolution saya adalah wajib jadi isteri solehah buat suami tersayang dan ibu terbaik untuk anak saya. Itu memang wajib lah kan. 
Aminn.

Setakat ni tu aje lar resolusi yang terfikir buat masa sekarang. Sekarang ni Cik Abg nak makan kepok lekor. Sebagai isteri solehah kena lah masak. Haha. Bye-bye.