55 days to go. Mama dah tak sabar nak peluk cium anak mama nanti. Sekarang anak mama berat 3.75 pounds. Seberat sengkuang. Dah ada kuku dan rambut.
Kali terakhir mama jumpa Dr Teh, dia cakap uri dah naik ke atas. Jadi mama tak perlu bimbang. Berat mama hampir 60 kg sekarang ni.
Tapi mama kena kurangkan makan manis-manis ni. Susah jugak. Papa suka belikan mama ais krim. Hehe sebab mama suka makan ais krim dan coklat. Sepatutnya hari ni mama kena buat ujian kencing manis tapi semalam mama terlupa nak puasa. Jadi mama nak pergi hari khamis nanti.
Dr Teh bagi mama MC 2 minggu untuk berehat kat rumah. Kadang-kadang mama MC, kadang-kadang mama kerja. Kalau mama rasa tak larat mama duduk kat rumah je.
Mama harap anak mama sihat sentiasa dalam perut mama ni. Anak mama sekarang aktif sangat terutama sekali bila waktu malam masa mama nak tidur. Anak mama suka bergolek-golek. Sekarang ni pun tengah bergolek-golek.
Mama harap anak mama jadi anak yang baik, dengar cakap papa dengan mama. Hormat orang tua. Berjaya dunia dan akhirat. :)
No comments:
Post a Comment