Bulan puasa ni lah masa untuk berjumpa. Pelik juga kan hari-hari tidak puasa tidak pula mahu berjumpa. Tidak la. Bulan puasa lagi seronok berbuka puasa bersama. Perasaan berbuka bersama-sama kawan-kawan atau keluarga lain daripada makan tengah hari atau pun makan malam dengan mereka. Mungkin puasa hanya sebulan dalam setahun jadi berbuka puasa ni sangat istimewa.
Sabtu pertama berbuka, saya dengan Amir berbuka dengan bff saya dan bff dia di KL, esoknya dengan keluarga saya di Rawang, rasa bersalah juga hari pertama balik kg sudah berbuka dengan kawan-kawan tapi nak buat macam mana. Kalau hari Ahad mereka semua tak mahu sebab hari Isnin sudah mahu bekerja. Mesti letih kalau keluar balik lewat hari Ahad. Sebagai ganti, saya ambil cuti hari Isnin, tak mahu lar mak dan abah berkecil hati sebab sehari jer sempat berbuka dengan mereka.
Sabtu minggu kedua pula berbuka di rumah MakLang dan PakLang di Sg Dua, seharian di rumah MakLang dan PakLang. Esoknya berbuka dengan Abg Wan di Kenny Rogers.
Cuma hari sabtu minggu ketiga, kami ada masa berbuka di rumah. Saya masakkan Nasi Briyani, Dalca Ayam special untuk Amir. Kasihan dia, hari-hari lain tak sempat nak masak. Suka tengok dia makan sampai tambah, pastu salahkan saya penyebab dia jadi debab. Hehe. Semalam pula, berbuka di rumah Ayah Ngah dan Che Ngah Amir, macam-macam kami makan, Nasi, Mee, Durian, Kuih Muih, Murtabak. Balik susah nak jalan. Perut tiba-tiba rasa berat sebab makan banyak sangat. Nak jalan pun suruh Amir tolong tarik.
Hujung minggu ni, sudah minggu keempat. Minggu terakhir sebelum raya, kami akan berbuka puasa di rumah Amir di Terengganu. Pertama kali berbuka di rumah mak ayah mertua ni.
Biskut raya pun banyak lagi tak siap. Biasalah baru kahwin, mestilah tunjuk bakat pada mak mertua boleh buat biskut raya. Kalau tidak malu lah. Hehe. Tidaklah. Saya ikhlas buat biskut raya. Walaupun Amir sudah mengamuk bila saya buat biskut. Bila dia mengamuk mesti kena cepat-cepat siapkan biskut dan kemas dapur. Ini kali pertama saya buat biskut raya. Anak tukang jahit macam saya ni tak ada masa nak buat biskut raya. Biasanya bulan puasa kami tolong mak sembatkan baju, jahitkan butang, jahit tepi. Tu kerja kami. Biskut raya cuma tunjuk-tunjuk saja kat kedai.
Tapi buat biskut raya ni letih juga. Leceh. Terutama Almond London. Nak masukkan coklat dalam paper cup. Alah lecehnya. Setiap kali buat mesti dalam hati kata ini last buat Almond London. Hehe cakap saja, esoknya mesti nak buat lagi bila rasa sedapnya Almond London buatan sendiri ni. Baru lar faham perasaan orang buat biskut raya ni, memang malam-malam tak tidur. Solat terawih memang tuang la. Cuma tinggal beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir. Rugi kalau tak beribadah sebab ni lar malam-malam untuk berjumpa denga malam lailatul qadar.
Jadi saya bertekad nak solat terawih juga 10 malam terakhir ni dan baca Al-Quran juga.
Dalam banyak-banyak iftar, ini sahaja yang ada gambar. Berbuka dengan bff Uni dekat food court KLCC.

Kenangan tau. Budak Comp, sesat Letrik sorang, Mechi sorang. Masing-masing kepunyaan saya dan Elianez.
Saya pregnant 17 minggu. Maintain. Perut tak nampak lagi..
Tahun depan kita tengok siapa yang kembang dengan jayanya. :)
No comments:
Post a Comment