Thursday, 25 August 2011

Week 20


Semalam saya bermimpi saya dah lahirkan anak dalam kandungan saya ni, anak lelaki. Comel.  Rasa senang jer lahirkan anak tu. Konflik timbul bila isteri pada kawan baik Amir yang dah ada seorang anak lelaki sibuk nak jaga anak saya. Sampai nak bagi susu pun, dia sibuk nak buat susu formula. Tapi tu semua hanya mimpi, macam mana lar isteri kawan Amir tu boleh masuk mimpi saya.  Sampai sekarang saya boleh rasa macam mana indahnya perasaan bila membelai anak sendiri. Tak sabar mama nak tunggu kelahiran anak mama ni.

Back to reality, saya dah pregnant 20 minggu merangkap  5 bulan. Dah halfway. Tinggal 20 minggu lagi. Semalam saya nak ambil baju raya yang tailor dah siapkan. 2 minggu lepas, atas sikit dari perut saya, bukan tengah-tengah perut tau, ukurannya 30cm. Tapi semalam masa cuba pakai kain baju kurung, kainnya pulak tak muat. Saya tak boleh kancing kain tu. Bila ukur semula dah jadi 32cm. Terpaksalah tailor tu alter semula. Tengah hari ni baru nak ambil semula baju tu.

Lain pulak kisahnya dengan baju raya yang mak tolong jahit. Masa awal ramadhan, saya ukur bahagian tengah-tengah perut 34cm, tapi bila baju raya dah siap. Mak pos ke Penang. Ukuran 34cm tu pakai dekat atas perut yang ukurannya 32cm sekarang. Jadi longgar kain tu. Nak alter pun dah tak sempat. Rasanya tahun ni pakai satu baju raya saja. Raya kedua tak tahu nak pakai baju apa lagi.

20 minggu pregnant, perut saya memang semakin membesar. Boleh rasa setiap hari. Terutama bila bangun pagi. Nak berjalan, rasa selesa kalau berjalan macam orang mengandung. Hehe. Tahulah kan orang mengandung berjalan macam mana. Kalau berjalan macam orang biasa, perut rasa tak selesa.  Kalau duduk lama-lama pun belakang terasa sakit sangat. Saya tak boleh bayangkan macam mana nak balik Terengganu esok. Lebih dari  6 jam perjalanan.

Biskut raya dah nak siap. Cuma tinggal tuangkan coklat pada biskut Almond London. Kesian. Amir yang siapkan semalam. Saya pukul 1.30 pagi dah surrender. Tak larat. Dia yang tolong buatkan doh tu jadi biji-biji lonjong. Kemudian tolong bakarkan. Pukul 4 pagi baru tidur. Terima kasih abg sebab tolong syg :)

Cake lagi 2 biji nak kena buat. Malam ni rasanya tak tidur kott. Esok kita tidur puas-puas dalam kereta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat suami tersayang. I love u so much.

Sob sob..Raya kat Terengganu tahun ni. Macam mana yer perasaannya. Sesuatu yang baru. Seronok juga beraya dalam suasana baru yang selama hidup ni tak pernah beraya kat tempat lain :)

Sunday, 21 August 2011

Ramadhan kembali lagi

Bulan puasa ni lah masa untuk berjumpa. Pelik juga kan hari-hari tidak puasa tidak pula mahu berjumpa. Tidak la. Bulan puasa lagi seronok berbuka puasa bersama. Perasaan berbuka bersama-sama kawan-kawan atau keluarga lain daripada makan tengah hari atau pun makan malam dengan mereka. Mungkin puasa hanya sebulan dalam setahun jadi berbuka puasa ni sangat istimewa.

Sabtu pertama berbuka, saya dengan Amir berbuka dengan bff saya dan bff dia di KL, esoknya dengan keluarga saya di Rawang, rasa bersalah juga hari pertama balik kg sudah berbuka dengan kawan-kawan tapi nak buat macam mana. Kalau hari Ahad mereka semua tak mahu sebab hari Isnin sudah mahu bekerja. Mesti letih kalau keluar balik lewat hari Ahad. Sebagai ganti, saya ambil cuti hari Isnin, tak mahu lar mak dan abah berkecil hati sebab sehari jer sempat berbuka dengan mereka.

Sabtu minggu kedua pula berbuka di rumah MakLang dan PakLang di Sg Dua, seharian di rumah MakLang dan PakLang.  Esoknya berbuka dengan Abg Wan di Kenny Rogers.

Cuma hari sabtu minggu ketiga, kami ada masa berbuka di rumah. Saya masakkan Nasi Briyani, Dalca Ayam special untuk Amir. Kasihan dia, hari-hari lain tak sempat nak masak. Suka tengok dia makan sampai tambah, pastu salahkan saya penyebab dia jadi debab. Hehe. Semalam pula, berbuka di rumah Ayah Ngah dan Che Ngah Amir, macam-macam kami makan, Nasi, Mee, Durian, Kuih Muih, Murtabak. Balik susah nak jalan. Perut tiba-tiba rasa berat sebab makan banyak sangat. Nak jalan pun suruh Amir tolong tarik.

Hujung minggu ni, sudah minggu keempat. Minggu terakhir sebelum raya, kami akan berbuka puasa di rumah Amir di Terengganu. Pertama kali berbuka di rumah mak ayah mertua ni.

Biskut raya pun banyak lagi tak siap. Biasalah baru kahwin, mestilah tunjuk bakat pada mak mertua boleh buat biskut raya. Kalau tidak malu lah. Hehe. Tidaklah. Saya ikhlas buat biskut raya. Walaupun Amir sudah mengamuk bila saya buat biskut. Bila dia mengamuk mesti kena cepat-cepat siapkan biskut dan kemas dapur. Ini kali pertama saya buat biskut raya. Anak tukang jahit macam saya ni tak ada masa nak buat biskut raya. Biasanya bulan puasa kami tolong mak sembatkan baju, jahitkan butang, jahit tepi. Tu kerja kami. Biskut raya cuma tunjuk-tunjuk saja kat kedai.

Tapi buat biskut raya ni letih juga. Leceh. Terutama Almond London. Nak masukkan coklat dalam paper cup. Alah lecehnya. Setiap kali buat mesti dalam hati kata ini last buat Almond London. Hehe cakap saja, esoknya mesti nak buat lagi bila rasa sedapnya Almond London buatan sendiri ni. Baru lar faham perasaan orang buat biskut raya ni, memang malam-malam tak tidur. Solat terawih memang tuang la. Cuma tinggal beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir. Rugi kalau tak beribadah sebab ni lar malam-malam untuk berjumpa denga malam lailatul qadar.

Jadi saya bertekad nak solat terawih juga 10 malam terakhir ni dan baca Al-Quran juga.

Dalam banyak-banyak iftar, ini sahaja yang ada gambar. Berbuka dengan bff Uni dekat food court KLCC.


Kenangan tau. Budak Comp, sesat Letrik sorang, Mechi sorang. Masing-masing kepunyaan saya dan Elianez.
 Saya pregnant 17 minggu. Maintain. Perut tak nampak lagi..
Tahun depan kita tengok siapa yang kembang dengan jayanya. :)

Tuesday, 16 August 2011

Week 19

Minggu lepas, aku dah pergi klinik untuk minum air gula tapi tak sempat nak ambil darah untuk kali kedua. Pagi tadi aku pergi klinik semula. Kali ni aku stay di klinik. Tapi masih lagi muntah dan tak sempat nak ambil darah lagi.

Jadik aku kena buat semula blood test tu selepas raya. Hmm bulan ni setiap minggu aku ambil cuti, kalau tak cuti mesti half day, tak pun datang lambat untuk pergi klinik. Sepatutnya Selasa depan aku kena buat monthly check up, tapi aku request untuk buat terus hari ni.

Doctor buat scan dan baby dalam keadaan sihat. Alhamdulillah. Besar sudah baby dalam perut aku ni. Bulat jer kepala dan perut dia. Hehe. Seronok aku tengok baby. Tunggu berjam-jam dekat klinik pun rasa berbaloi bila dapat tengok baby.

Friday, 12 August 2011

Baby's first outfit

Salam

Ini record untuk anak mama, barang pertama yang dibeli untuk anak mama. Hehe i know, terlalu awal kan. Aku mula beli bulan lepas, masa aku pregnant 3 bulan. Geram aku tengok baju budak-budak yang comel-comel ni.

Orang-orang tua tak galakkan kita beli barang baby terlalu awal. Biasanya parents mula shopping barang baby bila mommy pregnant 7 bulan. My aunt advices shopping masa bulan 5 sebab kalau baby lahir masa 7 bulan sekurang-kurangnya kita ada persiapan.

Since aku dan abg amir tak tahu lagi gender anak kami, maka kami decide nak beli yang warna putih dulu. Semua putih. Putih kan lambang kesucian. Anak-anak yang baru lahir tu kan masih lagi suci bersih.

Ini kandungan pertama aku, memang banyak sangat perkara yang aku tak tahu mengenai baby. Almaklumlah aku tak ada adik kecil, semuanya dah besar-besar. Aku tak reti nak pegang baby yang baru lahir. Tak dapat aku bayangkan macam mana perasaan pegang anak sendiri nanti kan.

Setakat ni aku cuma mendengar cakap orang-orang tua yang berpengalaman, kawan-kawan, baca buku-buku, baca di internet. Rasa macam tak cukup lagi knowledge aku ni. Aku tak sign up lagi kelas untuk pregnancy. Tak cari lagi kat mana ada kelas macam tu.

Apa-apa pun aku baru beli


  1. Topi
  2. Baju Lengan Pendek
  3. Seluar panjang
  4. Sarung tangan
  5. Sarung kaki
  6. Barut bayi
Itu sahaja buat masa ini.

Aku pun tak tahu nak beli apa mula-mula. Nasib baiklah di Jaya Jusco, bahagian baby ada pamplet Mother & Baby Buying Guide, berpandukan Baby Check List tu la aku tau Baby's Wardrobe and Accessories apa yang kena beli.

Abg amir lagi tahu daripada aku. Dia yang explain ini perlu ke tak, botol susu ini okay ke tak. Takpalah adik bongsu dia baru 3 tahun...adik bongsu aku dah tingkatan 5. Masa kecil-kecil dulu, aku tukang dukung dan buat susu jer. Yang lain zero. Hehe

Wednesday, 10 August 2011

Week18

Salam

Dah masuk minggu ke-18, maknanya dah masuk 4 bulan. Perut belum besar lagi tapi dah terasa baby bergerak-gerak dalam perut. Setiap kali baby bergerak, mesti aku tersenyum sendiri.

Semalam terasa 3-4 kali baby tendang-tendang masa nak beli makanan di bazar Ramdhan. Sekarang pun terasa. Kali ni kuat sikit. Subhanallah. Ada nyawa dalam tubuh aku. :)

Pagi tadi, aku kena minum air gula. Kawan-kawan aku kata rasa air gula tu teruk sangat, tapi aku minum okey jer. Kira boleh minum lar walaupun manis. Sekejap jer minum. Sebelum tu kena ambil darah, pun okay. Tak muntah-muntah macam sebelum ni. Mungkin sebab nurse tu asyik bersembang jer dengan aku, aku pun leka. Sedar-sedar dah ambil darah. Sekejap jer.

Lepas minum air gula, aku pergi office. 9.45 pagi nurse kata kena ada semula kat klinik. 9.40 pagi, baru keluar office, tiba-tiba pulak aku muntah. Habis keluar semula air gula. Perit tekak dengan hidung. Sampai klinik, nurse suruh aku buat semula ujian diabetes ni minggu depan. Kecewa aku.

Kena puasa malam lagi la nampaknya..

Tak pe la, demi baby aku, aku takkan abaikan ujian ni. Tadi kakak kat klinik tu kata jangan beritahu nurse, tapi aku fikir kenapa la nak tipu-tipu, ini kan untuk kebaikan aku dengan baby aku. Kalau betul aku ada diabetes, baik aku rawat betul-betul, jaga pemakanan sampai diabetes tu tak de.

Jadi, selasa depan aku nak ambil half day leave, stay je kat klinik sampai nurse ambil darah untuk kali kedua. Tak perlu balik semula ke office.