Sunday, 10 April 2011

Our friend, Tu

Kami ada seorang kawan daripada Vietnam, kami panggil dia Tu. Ringkaskan nama dia. Nama penuhnya Dang, Thi Thanh Tu. Dia sangat la peramah. Banyak kali kami keluar makan bersama-sama dan selalunya abg la yang akan belanja dia makan sampai dia rasa terhutang budi mungkin, jadi dia nak masakkan makanan Vietnam untuk kami.

Masalahnya periuk, kuali, pinggan mangkuk semua dia guna untuk masak pork, jadi dia pun nak masak kat rumah kami. Bila dia cakap nak masak kat rumah kami, kami lagi lah suka. Suka berkawan dengan dia sebab dia faham sensitiviti orang islam.

Dia pun banyak bertanya mengenai Islam dan kami rasa tanggungjawab kami untuk terangkan mengenai islam pada dia. Petang selepas pulang daripada membeli barang di Giant, kami bersiap sedia sediakan barang-barang untuk BBQ waktu malam. Selesai perap ayam, buat puding cocktail, perap daging dan mana-mana yang perlu, kami berbual-bual di depan TV.

Saya beritahu dia, kita akan pergi selepas solat Maghrib, terus dia bertanya macam-macam mengenai solat. Macam mana orang islam bersolat, kenapa perlu solat. Kami pun terangkan satu persatu pada dia. Rasanya hampir satu jam kami bercerita pada dia mengenai Islam. Dia pun nampak tertarik. Kagum saya dengan abg bilamana dia mampu menjawab dan menerangkan dengan baik persoalan-persoalan yang Tu tujukan. Kami juga keluarkan Al-Quran tafsir dan ceritakan pada Tu mengenai Al-Quran.

Dalam hati saya tak putus-putus berdoa supaya Allah berikan hidayah pada Tu dan jadikan Tu seorang muslimah.

Malam itu kami BBQ di pantai Jerejak. Macam-macam yang Tu masak. Unik sebab pertama kali rasa masakan Vietnam macam tu. Ikan pari di bakar kemudian digulung dengan salad dan rice paper. Sedap. Saya yang erm susah nak cuba masakan pelik-pelik ni pun rasa ikan pari tu sangat sedap. Ada daging bakar, ketam, chesnut dan paling saya suka sweet potato yang dibakar. Sangat sedap. Pertama kali saya makan sweet potato.

Sambil makan-makan Tu bercerita mengenai Vietnam, antaranya perang Vietnam dengan Amerika. Cerita ni paling menarik dan paling mengagumkan. Kami bersembang-sembang, makan sampai kenyang sangat. Jam 11 baru kami balik. Penat tapi puas hati. J

P/s: tadi saya borak-borak dengan hubby kalau Tu masuk Islam macam mana? Hubby jawab "abg nak namakan dia Jenab".

???  sampai hati..

1 comment:

eyemaiartwo said...

Haha.. Sayang ayg.. muah!