Friday, 22 April 2011

Kelly's farewell


Behind Row, Left: Fionne, outsider, Wai min, outsider, Kelly, Lai Tee, Ramu, outsider, JJ, Choon Mun
Front Row, Left: Yee Ling, Nabilah, Joe, outsider, Saw Im
 Kelly is my manager, but next Tuesday will be her last day. She got a new job at Shell, KL as a PM. She's so sweet. a good listener and good advisor as well.

Today is her farewell.

We have lunch at Traders hotel.


Kelly is in black dress






My Face. Em bulat lar sekarang ni.

I will definitely miss her.


Wednesday, 20 April 2011

I feel...

Rindu masa kat MIMOS bila ada ramai girl firiends. Salwa, Salmiah, Atie, Raida, Sarah, Hani. Boleh borak-borak tentang kita. Kalau dengan orang laki, asyik cerita pasal kereta, kerja.


Bosan.  

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Sunday, 17 April 2011

Rumah pertama kami - sambungan

My Dear Abg

Do you remember those days where we were busy preparing for our new house. We were busy choosing curtain for our living room and bed room as well. You and your best friend were busy painting our house and drilling the wall to hang the curtain. We have worked hard to ensure our house is comfortable enough for both of us and later on for our kids.

Well, I have some collected photo to remind those days.

Enjoy ! J








p/s: i wonder when we can take photo of new appearance of our house. sigh*

Wednesday, 13 April 2011

Rumah pertama kami

Rumah pertama kami terletak di Apartment Gambier Heigth. Asalnya ini adalah rumah Cuya, mak sedara Abg Amir. Lepas Cuya pindah ke KL, abg stay kat rumah ni dan ajak kawan-kawan dia tinggal sekali. Bila kami nak kahwin terpaksa lar kawan-kawan dia pindah. Tapi kebanyakan kawan-kawan dia tu pun nak kahwin juga.

Ini gambar keadaan rumah sebelum saya pindah masuk. Gambar terbaru maybe next post :)

Ehem, ini lah keadaan rumah bujang. Rumah abg (wink*)


Ruang tamu merangkap dapur kot, ada cooker, ada heater

Ruang tamu merangkap gym


Ruang tamu merangkap dobi

Dapur merangkap dobi, pameran underwaterworld


Jualan kasut bundle

Kasut bundle lagi

Oh, inilah tuan rumah serba guna. Hehe


Tuesday, 12 April 2011

Old us

Gambar dulu-dulu




2009 - Makan ketam dekat Juru
 



2009 - Dekat kedai makan nurul
 



2009 - His cube
 



Dekat secret recepi
 




masa keluar dengan Apit dan Mar.
 




 Ambil gambar untuk setem
 




 Kat taman negara Pulau Pinang
 





Awal tahun 2010, masa ada training kat KL dan hang out dengan BFF saya.

  

How we meet each other

Terasa nak tulis pulak pasal how we meet. Pertama kali tengok gambar hubby adalah masa tahun 1, 2006,dia skype saya dan bagi friendster dia. Hehe tengok saja tanpa perasaan. Dia selalu claim saya sombong masa belajar dulu.

Tapi serius saya tak pernah nampak dia tegur saya pun. Hehe mungkin masa dia tegur, saya tak pakai spec or contact lens jadi tak nampak dia. Start dari kejadian tu, dia tak pernah contact saya dah.

Tapi jodoh ni memang kerja Allah kan, walaupun kita berdua banyak couple dengan orang lain tapi akhirnya kita berdua diijabkabulkan. Pertama kali dia tengok saya masa kami sama-sama belajar kat Matrik Pahang tahun 2005. Dia try nak tackle saya tapi sumpah tak pernah kenal dia :P

Apa yang saya ingat tentang dia adalah dia pakai baju jaket fakulti EE warna hijau, kepit fail kat tepi, pakai tongkat. Tapi jalan laju sangat mengalahkan orang lain. Masa tu tahun 2006 

Selain tu, tak ada bayangan langsung. Hehe.

2009 kami bertemu sekali lagi setelah lama tak contact. Pertama kali bercakap dengannya face to face. Masa belajar cuma chatting jer. Dia ajak saya minum pagi, tapi saya menolak. Keesokan harinya dia ajak saya makan dengan dia. Kami still makan kat kedai tu sampai sekarang. Kami namakan kedai tu kedai first date. Walaupun masa first time makan dengan dia bukannya dating pun.


Saat-saat diijabkabulkan

Walaupun kami pernah couple dengan orang lain, saya tetap menganggap dia lah orang pertama dan terakhir yang saya cintai. Yang terdahulu itu cuma memori.

Dia adalah suamiku.

Amir Haris, i love u till the end.  I love u so much.

Sunday, 10 April 2011

Our friend, Tu

Kami ada seorang kawan daripada Vietnam, kami panggil dia Tu. Ringkaskan nama dia. Nama penuhnya Dang, Thi Thanh Tu. Dia sangat la peramah. Banyak kali kami keluar makan bersama-sama dan selalunya abg la yang akan belanja dia makan sampai dia rasa terhutang budi mungkin, jadi dia nak masakkan makanan Vietnam untuk kami.

Masalahnya periuk, kuali, pinggan mangkuk semua dia guna untuk masak pork, jadi dia pun nak masak kat rumah kami. Bila dia cakap nak masak kat rumah kami, kami lagi lah suka. Suka berkawan dengan dia sebab dia faham sensitiviti orang islam.

Dia pun banyak bertanya mengenai Islam dan kami rasa tanggungjawab kami untuk terangkan mengenai islam pada dia. Petang selepas pulang daripada membeli barang di Giant, kami bersiap sedia sediakan barang-barang untuk BBQ waktu malam. Selesai perap ayam, buat puding cocktail, perap daging dan mana-mana yang perlu, kami berbual-bual di depan TV.

Saya beritahu dia, kita akan pergi selepas solat Maghrib, terus dia bertanya macam-macam mengenai solat. Macam mana orang islam bersolat, kenapa perlu solat. Kami pun terangkan satu persatu pada dia. Rasanya hampir satu jam kami bercerita pada dia mengenai Islam. Dia pun nampak tertarik. Kagum saya dengan abg bilamana dia mampu menjawab dan menerangkan dengan baik persoalan-persoalan yang Tu tujukan. Kami juga keluarkan Al-Quran tafsir dan ceritakan pada Tu mengenai Al-Quran.

Dalam hati saya tak putus-putus berdoa supaya Allah berikan hidayah pada Tu dan jadikan Tu seorang muslimah.

Malam itu kami BBQ di pantai Jerejak. Macam-macam yang Tu masak. Unik sebab pertama kali rasa masakan Vietnam macam tu. Ikan pari di bakar kemudian digulung dengan salad dan rice paper. Sedap. Saya yang erm susah nak cuba masakan pelik-pelik ni pun rasa ikan pari tu sangat sedap. Ada daging bakar, ketam, chesnut dan paling saya suka sweet potato yang dibakar. Sangat sedap. Pertama kali saya makan sweet potato.

Sambil makan-makan Tu bercerita mengenai Vietnam, antaranya perang Vietnam dengan Amerika. Cerita ni paling menarik dan paling mengagumkan. Kami bersembang-sembang, makan sampai kenyang sangat. Jam 11 baru kami balik. Penat tapi puas hati. J

P/s: tadi saya borak-borak dengan hubby kalau Tu masuk Islam macam mana? Hubby jawab "abg nak namakan dia Jenab".

???  sampai hati..

Thursday, 7 April 2011

His blog

Gotcha honey

Haha, i found your blog when tried to create a new blog for you. Wanted to put ayam eksiden as the url for the blog, but then it said this url name is not available anymore. I wonder, who can think that name other than you.

You??

I search the url and as what i thought, it is your blog sweetheart. How romantic he is, trying hard to keep the blog from me but ALWAYS talk about it secretly. :P

Hehe

But still, i can keep my own secret blog from him.

Honey, i will someday telling you my blog. Mmuah. I love you and always do.

http://ayameksiden.blogspot.com/

Isabelle