Monday, 17 February 2014

At the age of 2 Years Old

Salam. Hi.

Apa khabar? Harap semuanya baik-baik saja. Saya cuba mulakan ayat dengan sesuatu yang positif walaupun dalam fikiran ini ingin memulakan ayat cliche "seperti biasa saya sangat busy". Jadi saya tukarkan ayat itu kepada sesuatu yang mungkin lebih "fresh". 

Memang tak dinafikan kerjaya saya menyebabkan saya kekangan masa. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Itu lah rutin seharian saya. Hampir setiap hari berlanjutan hingga ke malam. Kadang-kadang hujung minggu terpaksa menyelesaikan kerja yang tak sudah. Tapi kerja tak pernah habis. Selesai satu task, datang task yang lain. Kadang-kadang belum habis task, sudah diberikan task lain. Lumrah orang makan gaji. 

Jadi saya ambil inisiatif untuk menulis di sini supaya saya tak lupa kenangan-kenangan bermakna dalam hidup saya. Terutama kenangan bersama dua orang kekasih hati saya.
Lebih-lebih lagi sekarang permata hati saya, Aleesya sudah pandai berbicara. Walaupun ada bait-bait perkataan yang tak mampu saya faham namun saya hampir mampu meneka apa yang disebutnya. Aleesya juga sekarang suka bertanya "Apa itu mama?" pada benda-benda di hadapan matanya. Walaupun dia tahu jawapannya. Kadang-kadang kalau saya berikan jawapan yang berbeza dia akan memberitahu saya apa yang dia tahu. Contohnya bunga. Saya sebut itu rose. Dia akan jawab bunga. 

Saya juga perhatikan Aleesya kurang suka membaca ABC atau 123 atau Alif Ba Ta. Tetapi dia lebih berminat kepada objek. Sampai sekarang apabila saya suruh dia mengira. Dia akan kira 1,3,6,7,8...Hilang sudah nombor 2, 4 dan 5. Tapi saya tak memaksa kerana saya tahu perkembangan kanak-kanak adalah berbeza. Mungkin kelebihan Aleesya adalah dia lebih mengenal objek daripada huruf pada usia dia sekarang. 

Aleesya juga seorang yang ceria dan peramah. Dia suka menyanyi tak kira apa jua perkara yang di buat. Dia akan menyanyi ketika mandi, makan, bermain berseorangan. Mulutnya tak pernah diam. Suka berceloteh. Dia juga suka berkawan. Semasa kami jalan-jalan di shopping mall atau makan di kedai makan, dia suka menegur orang. Tak kira yang sebaya atau yang lebih tua darinya. 

Suatu perkara yang melucukan mengenai Aleesya. Dia takut lalat. Menjerit-jerit ketakutan bila ada seekor lalat hinggap di kerusi tempat dia duduk masa kami makan di luar semalam. Lagilah abahnya kuat mengusik. Dia tak takutkan kucing tapi takut lalat..

Melihat dia membesar di hadapan mata saya sering membuat saya senyum di dalam hati. Letih dengan kerja pejabat. Tetapi melihatkan keletehnya membuat saya bahagia. 





Saturday, 14 December 2013

Selamat Pengantin Baru Mama Jee dan Pak Ngah

Salam dan Hi,

Awal bulan Disember baru ni, Aleesya dapat sorang lagi Pak Sedara. Tahniah untuk adik mama. Dalam semua orang sibuk-sibuk meraikan pengantin baru ni. Tiba-tiba budak tecik ni demam panas pulak. Masa akad nikah pagi Sabtu tu, Aleesya sihat walafiat, berlari sana-sini, melompat-lompat sampai tak terkawal. 

Alih-alih tengah hari demam pulak. Masa awal-awal tu mama tak perasan. Sebab mama pon tengah sibuk bersembang-sembang. Aleesya pulak, sepupu-sepupu mama yang kecik-kecik ni asyik mendukung dia ke sana-sini. Oh tempat wedding tu dekat Taman Titiwangsa. Lagi la seronok budak-budak kecik bermain-main kat situ. Tapi mama perasan dia tak pijak tanah langsung. Asyik nak suruh orang dukung dia jer.

Last-last mak sedara mama dukung dan bagitau panas badan Aleesya ni. Macam demam je. Kesian dia. Padan lah 2 hari sebelum tu dia tak nak makan sangat. Tapi minum susu macam biasa je. Unexpected. Kami tunggu sampai pengantin berarak dengan kereta kuda, turun dan berarak masuk dalam khemah. Tak lama lepas tu terus bawa dia pergi klinik. Yang bagusnya, Aleesya demam tapi tak merengek langsung. Senyap je. Cuma masa dia nak susu je, dia merengek sikit. 

Jumpa doktor, suhu Aleesya dah 38.6 C. Tinggi sangat. Doktor masukkan ubat kat punggung terus. Lepas jumpa doktor, balik semula ke Titiwangsa. Tapi sedih majlis dah habis. Pengantin pun dah pegi photoshoot. Macam itu je lar kisah di hari wedding adik mama. 

Esoknya lepas balik dari majlis sebelah lelaki, mama dan abah terus balik ke Penang. Sepanjang dalam perjalanan, suhu badan Aleesya naik balik. Panas sangat. Mama dan abah dah risau sangat masa tu. Sampai Penang, terus pegi klinik. Masa ni suhu badan Aleesya dah 39.8 C. Hampir 40 C. Doktor buat referral letter. Esok mama terus ambil cuti emergency untuk bawa Aleesya jumpa paed. 

Jumpa Paed pulak, kena buat test blood. Menangis sungguh-sungguh Aleesya masa doktor ambil darah dia. Sampai sekarang asyik tunjuk tangan dia yang ada kesan injection tu. Lebam jugak 2-3 hari tangan dia. First result keluar, paed tak dapat pastikan sakit apa, doktor cuma kata maybe virus. Sebab pattern blood test dia tak consistent. Paed suspect H1N1 atau denggi. Masa tu mama harap sangat bukan. Paed buat second test. Dapat result petang tu bila abah call paed semula. Alhamduillah paed sahkan cuma influenza biasa jer. 


2 hari lepas, Aleesya selsema pulak. Kali ni, mama tak ambil ubat dengan doktor. Mama bakar seulas bawang putih. Bakar sikit-sikit je. Kemudian tumbuk, tak sampai lumat pun tak apa. Lepas tu campur dengan minyak zaitun. Bubuh dekat dada dan belakang dia. Alhamdulillah, esoknya dah kurang selsema. Petang esok tu dah hilang terus selsema. 

Esok, mama, abah, Aleesya, Nek Ma, Ki Abah dan Umi Min nak pergi Australia. Risau jugak kalau Aleesya tak sihat kat sana. Tapi sekarang Melbourne tengah Summer. Tak sejuk sangat. Adik ipar mama kata macam air-cond jer cuaca dia. Hehe mama kalau air-cond pun tak tahan sangat. Tak selesa. 

Tapi semalam mama mimpi makan buah berry, anggur, kiwi. Amboi-amboi mentang-mentang lar abah kata nak pegi fruit piking nanti. Sampai termimpi-mimpi. Haha..








Gambar ni mama cedok dari Facebook adik mama. Haha



Friday, 7 December 2012

Aleesya 10 bulan setengah

Oh dah 5 bulan tak update blog rupanya sejak papa balik daripada US. Aleesya pun dah dah 10 bulan 2 minggu.

Progress Aleesya sekarang:

1. Pandai merangkak dengan laju, memanjat tangga, berjalan pegang sofa. Belum boleh berjalan sepenuhnya.

2. Pandai panggil mama dan abah dengan jelas. Tahu nak tuju mama kat siapa dan abah kat abah. 

3. Pandai makan roti guna tangan. Aleesya sangat suka makan dan tak memilih makan. Apa saja yang orang makan dia nak jugak. Tapi mama tak bagi dia makan sebarangan. Sangat behave masa makan. Tak jalan merata-rata masa makan. Duduk je kat mama bila mama suap makanan.

4. Dah ada gigi 4 batang. Pagi ni mama baru ajar dia gosok gigi. Sangat behave jugak. Tak kisah mama gosokkan gigi dia. Mama tunjuk kat dia mama gosok gigi dulu kemudian mama suruh dia pegang sendiri berus gigi dia. Then mama gosokkan gigi dia. 

5. Pengasuh cerita Aleesya susah dah nak nangis kalau kat rumah dia. Kalau dia terjatuh ke, dia tahan je dari menangis. Semua orang suka tengok dia. Dia macam tak nak orang tengok dia menangis. Big girl susah anak mama. Tapi pengasuh terkejut bila mama cerita kat rumah tak macam tu pulak. Belum jatuh pun, baru rasa macam nak jatuh pn dah nangis datang kat mama sambil nangis-nangis. Manja rupanya kat rumah.

6. Pandai tepuk tangan. Bila papa nyanyi tepuk amai amai, automatik tepuk tangan sambil gelak-gelak.

7. Pandai lambai-lambai sambil sebut bye-bye. Paling best semalam masa mama hantar dia kat rumah pengasuh. Aleesya bye bye kat kat mama tanpa menangis pun. Tapi salam belum boleh lagi, kalau nak salam, dia buat keras tangan dia. 

8. Pandai buat bunyi aaaaaaa sambil tangan tepuk-tepuk kat mulut. Sapa ajar tak tau. Mungkin kak Icha atau abg arif yang ajar. Comel kalau buat mcm tu.

9. Suka punggah barang sambil mulut bising membebel-bebel. Paling suka punggah buku kat rak buku dan kad ABC dan kad Alif Ba Ta. 

Tuesday, 28 August 2012

Papa Off to US

Salam

Hari ni masuk hari ke-3 Papa ada kat US for work. Mama kat rumah ditemani officemate mama, Fiza. Mama drive to office and Fiza will hold Aleesya. First 2 days, menangis. Bukak lagu yes, yes, no, no. Baru senyap sambil menanyi sekali. Hari ni, tak menangis dah bila Fiza pegang.

This 3 weeks, mama akan jadi supermommy, handles everything. Balik rumah sempat pulak masak. Reasons mama masak, malas nak drive pergi cari food!. Hehe. I hate driving. Prefer to be madam and have driver beside me. (evil grin)

First day papa pergi, rasa tak semangat je nak kerja. Dalam hati rasa berat je. Rindu sangat kat papa. Nak contact pun tak boleh sebab papa atas flight lagi. Masuk bilik je mesti menangis teringat kat papa. Aleesya pun pandang pelik je. First time tengok mama menangis depan dia. 

Second day, ok sikit sebab boleh contact papa. Alhamdulillah papa selamat sampai kat sana.

Third day, ok. I'm fine. No more sedih-sedih. I'm getting used to it. :). Bawak kereta pun expert. Parking, failed.

Tapi dah 3 hari Aleesya tak tengok muka papa. Mama tunjuk gambar papa jer. Semalam mama dengan Aleesya tunggu papa bangun dari tidur. Ingat papa nak online, tapi papa tak online-online pun. First time Aleesya tidur lewat semalam. Main dalam walker dan tak menangis. Mungkin Aleesya pun tunggu papa call dia. 

Mama bawak Aleesya masuk tidur, sebab asyik menguap je. Still tak nak tidur. Main guling-guling atas katil. Last sekali, mama ambil kain pelekat papa. Selimut kain pelekat papa, baru tidur nyenyak sampai pagi. I guess Aleesya rindu kat papa.

Mama pun rindu sangat kat papa. Cepat-cepat lah 3 minggu ni berlalu. 




                     Tunggu papa sambil membuat percubaan untuk merangkak :)






Wednesday, 15 August 2012

Iftar Bersama Aleesya

2 hari lepas, Aleesya buka puasa dengan papa dan mama di Georgetown City Hotel. Before ni namanya adalah Berjaya hotel. Ini sahaja hotel yang tak full. Yang lain semua full. Kami pun tak rancang nk berbuka di sini. Lepas membeli belah dekat SSF, terus decide makan kat sini.

Tapi makanannya cuma biasa-biasa saja. Nothing so special. RM47 untuk dewasa :)




At lobby. 


Duduk atas riba papa. Tak dok diam. 


Senyum sikit jer. 


Cam whoring dengan mama


Senyum banyak :)

Sunday, 12 August 2012

Shopping Raya

Tahun ni first time beraya dengan Aleesya. Awal-awal lagi dah beli baju raya dia. Sebelum puasa lagi. Memang betul lah raya ni memang untuk kanak-kanak. Mama tak kisah sangat pun baju mama. Excited beli baju Aleesya lagi. 


Tertidur dalam stroller. 


Dah jaga. 


Tunggu papa fitting baju. 


Tunggu papa lagi. 


Baju-baju raya Aleesya. 




Ops. Dah terpakai baju ni masa shopping raya. 


Jacket fav mama. 


Ayah ngah Aleesya bagi :)

Sorry semua gamba baju Aleesya berkedut-kedut. Hehe. Eh semua pink? Kena tambah lagi baju si tecik ni. Tapi raya next week. Sempat ke? Stokin dan kasut dia pun belum beli lagi :P

Baju kurung Aleesya masih lagi dengan Mak Tok dia. Tak sabar nak tengok baju kurung Aleesya. Kain sama dengan mama.