Tuesday, 3 July 2012

Hari Isnin

Masa ambil Aleesya dari rumah babysitter dia semalam, mama ati ada beritahu pagi ni dia main-main je minum susu botol, tolak-tolak dengan lidah. Baru saya tahu tiap-tiap pagi Isnin dia akan macam ni. Hehe cute pulak. Nasib baik mama ati tak kisah, mama ati pujuk dia minum susu jugak. Hujung minggu kan duduk dengan mama, minum susu mama jadi hari Isnin pun jadi liat la nk minum susu botol.

Macam orang dewasa yang terasa berat nak pergi kerja hari Isnin, budak-budak berat nak pergi sekolah hari Isnin, macam itu jugak baby rasa kalau kena tinggal rumah babysitter hari Isnin. 

Orang kata "Monday Blues".

Saya pun rasa macam tu, berat nak tinggalkan dia kat rumah babysitter lagi-lagi hari Isnin. Tak puas main dengan dia, jaga dia seharian walaupun sejujurnya penat sangat jaga baby. Hehe. Jujur.

Lagi-lagi sekarang ni nak melekat je dengan mama. Aleesya ni sangat manja. Dengan certain orang sahaja dia tak menangis kalau orang asing dukung dia. Ikut mood. Kadang-kadang terlebih mesra. Kadang-kadang orang tegur sikit jer, muka dah cebik nak menangis. 

2-3 minggu ni pulak, tiap-tiap malam nak susu mama, mulut tak boleh lepas. Adoii, sakit belakang mama. Geram juga kadang-kadang. Dulu cuma bangun pukul 3 pagi, kemudian pukul 6. Sejak masuk 4 bulan, sepanjang masa. Kalau terlepas sikit je, mulut tercari-cari kalau tak jumpa terus meraung. Sabar je lar mama. Mama pun tak tahu macam mana boleh bersabar. Kagum juga dengan diri sendiri. Mungkin ini fitrah seorang ibu kot. Hehe. Kalau dulu jangan harap. 

Dulu terasa diri ini bukan seorang yang penyabar.

Sekarang Alhamdulillah. Kalau Aleesya menangis boleh bersabar lagi. Kalau tahap kesabaran tahap max, saya akan lari sekejap dari dia. Duduk kat ruang tamu, bagi papa dia tolong handle kejap, ingat nak merajuk sikit. Tapi tak boleh. Hati rasa sayu, kesian tengok dia menangis lama-lama. Terus ambil dia, pujuk-pujuk. 

Kadang-kadang tu mengadu dengan suami. Alhamdulillah suami saya seorang yang sangat memahami, sangat penyayang. Dia akan sabarkan saya. Bagi kata-kata semangat. 

Tapi sabar tak selesaikan masalah Aleesya yang nak susu badan sepanjang masa, semalam kami belikan dia puting. Tapi tak menjadi pun. Dia tolak-tolak juga dengan lidah. 

One thing i noticed, kalau saya mood baik, Aleesya pun akan baik, dia sangat ceria. Gelak ketawa. Tapi kalau mood saya tak baik, dia pun akan cepat merengek. Menangis. Adakah kami berkongsi perasaan. Atau mood saya mempengaruhi dia?. Atau mood dia mempengaruhi saya?. Tak dapat dikenal pasti :P

Gambar-gambar Aleesya dengan kakak dan abang dia rumah mama ati. :)